Gagal Bayar Caruman Pekerja, Shuib Mohon Maaf Tak Sedia Jawab
Pelawak dan usahawan Shuib akan memberi penjelasan mengenai dakwaan syarikat minuman yang diasaskannya, Bubble Bee dikatakan gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam tempoh yang ditetapkan pada petang ini.
Shuib ketika dihubungi berkata, buat masa ini dia enggan memberikan sebarang komen berhubung surat terbuka yang dikongsikan seorang individu tidak dikenali di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular di media sosial.
Menerusi kenyataan dalam surat terbuka berkenaan, Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan, namun tiada transaksi berlaku pada akaun para pekerja.
Bukan hanya itu, individu terbabit turut memberitahu syarikat itu juga dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja dan sudah membuat aduan di pejabat KWSP dan Jabatan Tenaga Kerja.
Lebih mengejutkan, individu itu turut menyertakan tangkap layar yang menunjukkan dia disekat daripada mengikuti akaun Shuib.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.