in

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Menyusuri jalan di bandar Lisbon seolah-olah anda menyusuri kembali ke era kegemilangan Vasco da Gama di mana pada suatu masa dahulu Portugal terkenal dengan pelayarnya yang hebat. Kaya dengan budaya dan sejarah, kemesraan dan keramahan penduduknya serta senibina bangunannya yang gah menonjolkan gabungan Eropah lama dan bandar Lisbon yang moden. Gabungan kesemua elemen ini dapat anda rasai sejurus melangkah ke Hotel New PortoBay Liberdade. Anda bakal disambut oleh kemesraan kakitangan hotel yang sentiasa mengutamakan keselesaan anda dan pastinya senibina bangunan hotel yang mengagumkan.

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Cetusan idea rekabentuk hotel ini dilahirkan oleh seorang arkitek yang bernama Frederico Valsassina di mana beliau mengekalkan keaslian senibina bangunan yang dibina sekitar awal abad ke-20. Dekorasi dan suasana hotel juga masih lagi mengekalkan perincian asal senibina bangunan seperti jubin dan kayu yang merupakan rekabentuk utama hotel ini. Batu kapur Lioz juga digunakan bagi menonjolkan dekorasi yang unik pada hotel.

Pastinya lokasi merupakan antara perkara yang perlu diambil kira terutama pelancong yang pertama kali menjejakkan kaki ke Lisbon, Portugal. Jadi di manakah lokasi hotel ini? Hotel lima bintang ini terletak di pusat bandar Lisbon bersebelahan Avenida da Liberdade. Lokasinya sangat strategik kerana ia terletak berhampiran dengan kemudahan awam serta pusat membeli belah.

Selain lokasi hotel yang strategik, hotel ini dilengkapi dengan 98 bilik serta kolam renang yang bertemakan urban resort, kemudahan gimnasium, spa dan sauna ala Turki serta balkoni bagi setiap bilik.

Sebuah hotel bukan sahaja dinilai dari hospitaliti, fasiliti serta keunikan senibinanya, makanan juga merupakan suatu perkara penting yang melambangkan prestij sesebuah hotel. Hotel New PortoBay Liberdade meletakkan namanya setaraf dengan hotel lima bintang lain di Lisbon dengan menawarkan sajian makanan ala haute cuisine dari restoran yang terdapat pada hotel tersebut. Pengunjung hotel boleh menikmati sajian makanan yang enak dari Bistor04. Ia menampilkan konsep inovatif yang dikenali sebagai bistronomy. Penyedia makanan adalah dari chef terkenal seperti Chef Benoit Sinthon (Eksekutif Chef dari Restoran 1 Michelin) dan Chef Joao Espirito Santo. Pengunjung bakal disajikan dengan makanan gabungan dari tradisi Perancis, Portugal serta Brazil. Selain dari Bistro04, pengunjung juga boleh menikmati Aviator6 Bar, Deck7 Terrace Bar dan jakuzi di tingkat atas hotel tersebut.

Dengan segala pilihan yang disediakan di Hotel New PortoBay Liberdade, pastinya kunjungan ke Lisbon akan menjadi suatu kenangan manis buat diri anda. Selamilah budayanya, hayatilah sejarahnya dan alamilah penginapan mewah di Hotel New PortoBay Liberdade.

Gabungan lama dan baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon.
Oleh Wan Azfarozza

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Gabungan Lama & Baru di Hotel PortoBay Liberdade Lisbon

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Beg Eksklusif Album UNPLUGGED Dato’ Siti Nurhaliza

Berbuka Puasa di SATOO di Shangri-La Jakarta