Cuba mengadaptasi daripada apa yang terjadi dari segenap aspek kehidupan hari ini, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai yang diterbitkan oleh Faithful Music.
Mengingatkan kembali kepada lagu Ragaman yang sarat dengan ‘teguran’ dalam kehidupan berumah tangga antara suami isteri, penghasilan lagu Santai sebuah lagi karya Faizal Tahir bersama Ezra Kong yang pastinya mampu menjentik hati setiap pendengar.
Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, idea menghasilkan lagu itu hadir secara spontan.
Sama seperti kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan, Faizal tidak hanya memberi fokus kepada komposisi lagu berkenaan, malah mengutamakan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.
“Kelebihan lagu Santai ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya. Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat,†katanya.
– Faizal Tahir
Menurut Faizal, kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian atau kritikan sosial.
Bagi Faizal, ini cara terbaik dalam memberi kesedaran dan nasihat buat diri sendiri seterusnya orang ramai.
“Kita lebih mudah memahami dan menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu.Â
“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari menghayati karya saya, maka ia satu bonus untuk saya,”
– Faizal Tahir
Berkongsi lanjut mengenai lagu Santai, Faizal kembali bekerjasama dengan Ezra Kong selepas kali terakhir melalui lagu Malaysia (2018) & Kamu (2019).
“Bekerjasama dengan Ezra Kong adalah peluang yang memang sudah lama saya tunggu memandangkan Ezra dan saya masing-masing sibuk dengan komitmen kerja. Dia tahu apa yang dia mahu dan apa yang perlu untuk mendapatkan yang terbaik daripada penyanyi. Memang saya cari peluang untuk bekerja dengan yang terbaik,â€
– Faizal Tahir
Dalam masa sama, lagu Santai yang siap dirakam pada Mei lalu bukanlah kesinambungan daripada lagu Ragaman biarpun lirik berunsurkan nasihat.
“Lagu Santai bukanlah satu kesinambungan kepada karya Ragaman. Mesej Ragaman lebih ‘direct’ dan ‘straightforward’ mengenai ragam kehidupan suami isteri. Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh digunapakai dalam apa sahaja situasi kehidupan harian kita,â€
– Faizal Tahir
Sementara itu, Ezra yang turut bertindak selaku penerbit lagu Santai ini berkata, ia karya yang cukup dekat dalam kehidupan seharian.
Malah, Ezra melihat mesej yang cuba disampaikan dalam lagu Santai ini perlu dijadikan iktibar sekali gus mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
“Lumrah kehidupan masa kini membuatkan kita menjadi semakin serakah dan terdesak untuk memperoleh kekayaan dunia dalam waktu yang paling singkat.
Sebenarnya, wang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, berpoligami hanyalah selingan sementara daripada kesengsaraan dan realiti yang perlu dihadapi setiap insan.Â
“Sebab itu dalam lagu ini, Faizal menyeru agar kita selalu santai dan tidak bertindak secara terburu-buru. Kuda yang tua memanglah tak laju seperti dulu, namun tetap ‘steady’ dan padu,”
– Faizal Tahir
Lagu ini boleh didengari di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir.
Pautan muzik video:Â KLIK SINI
LIRIK LAGU SANTAI
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer / Lirik: Faizal Tahir dan Ezra Kong
Terbitan / Rakaman: Ezra Kong
Susunan / Adunan: Ezra Kong
Guitar: Faizal Tahir
Drums: Ezra Kong
VERSE
Hidup ini semua nak cepat
Siapa yang suka lambat-lambat
Bercinta biar sampai dapat
Tapi mesti pilihan tepat
Cepat kaya, cepat cantik, cepat kurus, cepat putih
Yang gelap nak putih yang putih nak gelap
Manusia takkan pernah puas
Kadang macam binatang buas
Sedang lautan sangat luas
Tak payah takut terlepas
Wang ringgit, harta pangkat, kereta mewah, bini empat
InsyaAllah tak mengaburi mataku
PRECHO
Kau yang terindah di mataku
Kau yang menawan di hatiku
Janganlah resah jangan terburu-buru
CHORUS
Santai-santailah sayangku
Pergi mana laju laju
Ini bukan kereta baru
Asalkan aku dengan mu
Santai-santailah sayangku
Ikut aku usah ragu
Kuda tua mungkin tak laju
Masih steady masih padu
VERSE 2
Bisik syaitan di telingamu
Kan buat kau terburu-buru
Buat saja jangan fikir panjang
Buat dulu sesal kemudian
Kemudian, kemudian, kemudian…