Sempena ulang tahun kelahiran penyanyi Korea, G-Dragon semalam dia menderma ribuan ringgit kepada UN Refugee Agency (UNHCR) untuk mereka yang menjadi mangsa pelarian di seluruh dunia.
Setiap tahun dia akan lakukan hal yang sama dan mengajak peminatnya untuk melakukan kebaikan seperti itu juga.
“Saya mahu kita hidup dalam dunia yang aman. Ia sangat menyakitkan hati saya melihat kanak-kanak melarikan diri dari perang dan keganasan. Saya mahu membantu menyediakan tempat bagi mereka berehat seketika. Perdamaian tidak tercapai dengan hanya memikirkannya tetapi dicipta dengan usaha.”
Baiknya hati G-Dragon ni.