Ramai yang tak tahu, Taeyang anggota kumpulan BigBang pakar dalam aksi menari tiang. Rahsia ini telah didedahkan oleh ketua kumpulannya sendiri iaitu G-Dragon. GD telah upload gambar dalam Instagramnya dan berkongsi sekeping gambar beserta tulisan “Expert of Pole Dancing.†(pakar dalam menari tiang).
Gambar itu menunjukkan yang penyanyi itu seperti sedang berpusing pada tiang sambil kedua kaki dan sebelah tangannya memengang tiang itu. Walaupun gambar itu hanya dari arah belakang, tetapi cukup meyakinkan itu adalah Taeyang.
Peminat yang melihat gambar itu telah memberikan komen antaranya, “Wow, dia pakar dalam segala-galanya. “Bolehkah anda memuat naik video dia menari tiang?” Sementara itu, BigBang baru saja selesai dengan konsert “Big Bang Alive Galaxy Tour†di Seoul, hujung minggu lalu. Taeyang menerusi akaun Twitternya sempat mengucapkan terima kasih kepada semua peminat.
Dia menulis mesej yang lebih kurang begini, “kami dapat menamatkan persembahan dengan baik dan selamat. Saya dapat banyak pengalaman dan memori indah yang tak akan saya lupakan sepanjang konsert jelajah. Terima kasih. Bagi kami, penamat ini ialah permulaan yang baru. Teruskan sokongan dan sayangi kami terutamanya saya… lebih sikit.