Pelbagai cara dipraktik dan dilaksanakan mana-mana syarikat untuk menghargai pekerja atau ejennya.
Hal sama terjadi kepada syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab yang tak ketinggalan menghargai ejen dan stokisnya ke Singapura pada 3 hingga 4 Februari lalu.
Kembara dua hari satu malam itu menyaksikan syarikat berkenaan membawa rombongan seramai 200 orang tulang belakang jenama berkenaan berkunjung ke negara republik itu menaiki lima bas.
Menurut Pengasasnya, Said Saiful Fazli, pihaknya tidak lokek berbelanja lebih puluhan ribu meraikan tulang belakang kekuatan empayar perniagaan kerana sedar golongan berkenaan umpama aset utama.
“Hanya jual coklat ChocoAlbab mereka diraikan dan dihargai dengan pelbagai insentif. Selain melancong, kita tawarkan bonus, tabung kereta dan perumahan kepada ejen.
“Ini bukan kali pertama kita tawarkan kembara percutian dengan menghargai pencapaian mereka melalui . Sebaliknya sebelum ini mereka pernah dibawa beriadah ke Sunway Lagoon dan menaiki kapal ke Singapura.
“Insya-Allah perancangan mendatang nak bawa mereka ke Club Med Cherating, Pahang dan hujung tahun terbang ke Dubai,†kata Said.
Said menambah percutian ke Singapura kali ini diukur berdasarkan kemampuan meraih jualan RM7000 ke atas dalam masa dua bulan.
“Ia dinilai dari bulan Oktober hingga November tahun lalu. Sistem pemilihan juga sangat adil kerana bukan hanya ketua (leader) saja dibuka peluang. Sebaliknya ‘dropship’ pun layak turut serta dengan kesungguhan menaikkan jualan.
“Jujur percutian kali ini biarpun singkat, ia terus merapatkan silaturahim. Ejen, stokis dan ‘dropship’ perlu dihargai kerana mereka penentu kejayaan syarikat. Mereka yang berhempas pulas buat jualan untuk syarikat, jadi tak salah hargai yang komited dan dedikasi.
“Kembara kali ini juga macam ‘rombongan Cik Kiah’. Bayangkan lima bas, memang riuh dan huru-hara jadinya. Antara tempat dilawati termasuk Universal Studios Singapore (USS), Sentosa Island, Garden By The Bay, Mustafa Center, Merlion Park, Marina Bay dan lapangan terbang Changi,†kata Said.
Said menambah ketika ini jenama syarikat yang popular di kalangan artis dan Tiktoker itu diperkasakan dengan 10,000 ejen berdaftar.
“Malah, kita baharu bayar bonus sebulan kepada ribuan ejen dengan angka bernilai lebih RM500,000. Bonus itu dibayar untuk bulan Januari lalu.
“Malahan untuk banyakkan lagi variasi jenis produk demi membantu ejen menambah pendapatan, kita baharu lancar edisi choco tub Belgian Dark Chocolate. Sebelum itu, kita tambah Mini Choco Dorayaki dan Belgian Chocolate Cookies.
“Terdahulu sejak dilancarkan April 2021, kita sudah ada tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch. Malah kini, produk dijual di hampir 7000 premis kedai runcit dan makan di Malaysia termasuk di stesen minyak terpilih,†kata Said.
Sementara itu, Zacrul Islam yang juga ejen dari Sungai Petani, Kedah tidak menyangka dapat turut menyertai percutian ke Singapura baru-baru ini.
“Memang tak sangka, baru beberapa bulan saya jadi ejen jual coklat, sudah berpeluang kembara sana sini.
“Saya beruntung kerana ada 51 orang di bawah bimbingan saya dapat terus dibantu. Malah ada antara mereka juga berpeluang ke Singapura. Sebelum ini banyak bisnes saya ceburi, tapi jarang ada insentif seperti ini. Nak bercuti dalam negara pun belum tentu, apatah lagi luar negara.
“Namun tidak di ChocoAlbab, hampir setiap empat bulan sekali akan ada trip dalam dan luar negara. Memang pengalaman ‘best’. ‘Income’ besar, dapat bercuti ‘free’ lagi. Malah yang penting pemilihan itu adil, bukan yang leader sahaja. Tapi semua yang usaha walaupun di bawah pun dapat ‘reward’. Ia sangat adil,†kata Zacrul.