Berikut adalah diantara fakta-fakta yang menarik mengenai Future World at ArtScience Museum
#1 Pameran kekal di ArtScience Museum FUTURE WORLD: Where Art Meets Science, telah dipamerkan sejak dari tahun 2016 dan terdapat banyak rahsia yang menarik untuk diterokai oleh para pengunjung.
#2 Semakin ramai pelawat di Transcending Boundaries, semakin banyak bunga yang akan mengembang? Dan bukan itu sahaja, semakin banyak juga rama-rama yang akan muncul di sekeliling kawasan pameran! Tips untuk anda: Bunga matahari melambangkan musim panas dan bunga Cherry Blossoms melambangkan musim bunga di Transcending Boundaries!
#3 Terdapat 12 jenis bunga yang mekar dimana ianya sama dengan empat musim yang nyata di Proliferating Immense Life – A Whole Year per Year? Maknanya anda boleh melihat bunga peonies bulan April dan bunga blackberry lilies akan mula mengembang pada bulan September!
#4 Sketch Aquarium adalah akuarium digital terbesar di Singapore? Anda boleh melihat 10 jenis haiwan akuatik termasuk jerung, ikan todak dan obor-obor.
#5 100 Years Sea [running time: 100 Years] bukanlah sesuatu yang baru untuk Future World? Semasa Future World dilancarkan pada tahun 2016, 100 Years Sea Animation Diorama telah dipamerkan di sini. Sejak dari itu, pemasangannya telah dipertingkatkan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Pameran 100 Years Sea [running time: 100 Years] kini mempamerkan kesan perubahan iklim yang perlahan namun dahsyat dengan menggambarkan kenaikan permukaan laut dalam masa nyata. Format persembahan dan jangka masa versi kedua 100 Years Sea mungkin telah berubah, tetapi satu perkara yang pasti – ini menunjukkan bahawa perubahan iklim masih merupakan cabaran berterusan bagi kita semua. Menggabungkan data saintifik dari Worldwide Fund for Nature (WWF) dengan seni tradisional Jepun yang elegan, pemasangan pameran itu memberi perhatian kepada perubahan yang tidak dapat dielakkan di lautan sekiranya tindakan segera tidak diambil. Ianya adalah tentang menggabungkan seni dan sains untuk mendidik masyarakat mengenai kesan perubahan iklim.
#6 Terdapat tiga bola Utama di Sliding Through the Fruit Field? Bola Biru Muda mewakili air dan akan mekar menjadi bunga dari biji benih! Bola kuning yang ceria mewakili lebah dan ketika bertembung dengan bunga, ianya akan bertukar menjadi buah. Bola Hitam pula jarang membuat penampilan dan ianya seperti sampah dan pencemaran yang tercemar. Ianya akan membuat biji benih hilang, yang bermaksud tidak ada bunga dan buah yang akan muncul di papan slaid.
#7 Sesekali, raksasa akan muncul di layar Sketch Town dan pelawat dapat berinteraksi dengan mereka dengan mengetuk pesawat jet yang terbang melalui langit? Pesawat jet akan menyerang raksasa itu dengan peluru.
#8 Anda boleh mengelakkan banjir di sungai ketika hujan di Giant Connecting Block Town dengan menggunakan blok kolam untuk membina lebih banyak saluran air!
#9 Anda boleh membuat pelangi dan salji di Story of the Time When Gods Were Everywhere? Setelah hujan muncul di pemasangan, pengunjung boleh menyentuh hieroglif matahari untuk membuat pelangi dan hieroglif bulan untuk salji.
#10 Terdapat sebanyak 170,000 lampu LED digunakan untuk mencipta Crystal Universe? Hasilnya – ilusi bintang bergerak di angkasa.