in

Fu-Yoh Street Blast Anjuran DiGi: Happening, Gempak & Meriah

Happening & enjoy sangat-sangat beb! DiGi di Fu-Yoh Street Blast pada Sabtu, 24 November 2007 yang lalu membuktikan korang semua yang hadir memang sempoi habis. Korang semua yang datang memang sporting giler! DiGi mengucapkan jutaan terima kasih buat korang semua yang telah bersusah payah dan meluangkan masa hujung minggu korang untuk hadir memeriahkan pesta. Cuaca pada hari juga agak baik dengan matahari yang agak terang memancar. Jadi, semua acara yang dirancang oleh penganjur telah berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Budiey juga turut berada di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk melihat sendiri acara-acara menarik yang telah disusun khas buat pelanggan DiGi. Seawal jam 1 petang lagi, Budiey tiba di lokasi untuk meninjau sekitar acara pesta paling happening sepanjang tahun 2007 ini. Setelah mendaftar di media booth, Budiey terus berlegar-legar untuk melihat sendiri apakah acara yang dijalankan dari jam 12 tengahari hingga ke lewat malam pada hari tersebut.

Dengan warna tema kuning dan jingga yang begitu terang memenuhi ruang pameran dan booth, pesta ini tampak menceriakan dengan pengunjung semakin ramai dari masa ke semasa.

Budiey tengok banyak sekali gerai-gerai dan booth yang terpacak di sini. Antaranya, DiGi Customer Loyalty, DiGi Freebies Counter, DiGi Value Added Service, gerai telefon bimbit Nokia, gerai jualan cenderamata, booth jam tangan Swatch, booth Maybank2U – MyZone dan banyak lagi.

Budiey percaya korang yang menjadi pelanggan DiGi berpuas hati dengan layanan baik dan keistimewaan yang disediakan khas untuk korang. Pendek kata Fu-Yoh Street Blast sememangnya diadakan untuk anda bergembira! Ye lah! Banyak goodies dan habuan percuma untuk korang! Kalau korang mahukan aiskrim percuma, hanya perlu menunjukkan telefon bimbit yang berisikan sim kad DiGi.

Pelbagai lagi diskaun hebat yang diperolehi untuk pelanggan DiGI termasuklah dapat menyertai games dan pelbagai pertandingan. Ini menunjukkan DiGi sentiasa memberi penghargaan kepada kesetiaan pelanggannya. Demi kepuasan pelanggan, tidak salah rasanya sekali sekala anda diberikan layanan sebegini istimewa.

Di khemah Maybank2U – MyZone, korang boleh top-up dan reload prepaid DiGi. Sebagai hadiah, korang diberikan goodies Transformers PERCUMA seperti topi dan casing telefon bimbit.

Pelbagai permainan disediakan termasuklah di G-Force X Zone yang boleh melantunkan badan anda setinggi 200 meter!

“Menyeronokkan! Sekali cuba, rasa nak naik lagi!” Itulah kata seorang pelanggan DiGi yang mencuba G-Force X Zone. Namun, saya rasa jika korang dilahirkan sebagai seorang yang takut dan gayat, baik jangan cuba. Tidak pasal-pasal terkencing dalam seluar!

Korang yang lapar dan dahaga agak senang untuk mendapatkan makanan. Gerai KFC dan Pizza Hut ada disediakan dengan tawaran diskaun hebat untuk pelanggan DiGi

Di tapak Show N Tell Zone pula terdapat medan untuk anda yang suka melukis seni grafitti. 

Di Sports Zone pula, perlawanan futsal turut diadakan. Ramai sekali pasukan remaja yang mengambil bahagian. Juga padang untuk papan luncur skateboard juga disediakan untuk remaja yang meminati sukan ektreem ini menonjolkan bakat mereka dalam pertandingan skateboard. Cool habis tengok gaya diorang!

Jam 3 petang, berlangsung B-boy Dance Challenge diadakan di pentas khas. Tiga orang juri mengadili pertandingan yang disertai oleh kumpulan breakdance yang dianggotai oleh para remaja. Pasukan pertama yang memulakan tarian gerak lincah dengan beberapa aksi berani yang mengkagumkan saya. Patutlah tarian diorang ni nampak gempak. Apabila diperhatikan, ada kelibat juara So You Think You Can Dance iatu Alam mengepalai pasukan ini.

Jam 6 petang pula, Pertandingan Mencari Pereka Fesyen Muda Rekaan Paling Funky! dimulakan.

Jam 8.30 malam, konsert DiGi Fuyoh Street Blast bermula dihos oleh pengacara 8TV Quickie dan pelakon Gol & Gincu, Razif Hashim. Ramai juga penyanyi dan artis dijemput untuk menghiburkan penonton.

Penonton begitu ramai dan rata-rata yang datang saya kira adalah peminat kumpulan Letto.

Dan akhirnya, konsert pada malam itu diakhiri dengan persembahan kumpulan yang diterbangkan khas dari Indonesia… siapa lagi kalau bukan Letto. Dimulakan dengan lagu Insensitive; sebuah lagu Inggeris yang mendayu. Beberapa buah lagi dinyanyikan yang dipetik dari album Truth, Cry & Lie dan album terbaru iaitu Don’t Make Me Sad.

Yang menariknya, Lagu Sandaran Hati dinyanyikan dalam beberapa versi dan rentak termasuklah dangdut, pop, rancak dan ala jazz. Letto memang kreatif! 

Yo! Budiey pun nak buat lompatan jugak! Sambil berteriak..”Fu-Yoh!!!”

Dengan tamatnya konsert, maka tamat sudah DiGi Fuyoh Street Blast untuk tahun ini. Semoga DiGi tidak jemu-jemu untuk mengadakan pesta untuk menghargai pelanggan mereka pada masa akan datang!

Jumpa lagi pada tahun hadapan.

[tags]digi advertorial, DiGi Fuyoh Street Blast, konsert letto[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Filem Selamat Pagi Cinta!

David Teo & Tips Marketing Restourant