in

Freshman Father dan Telemovie Papaku Masuk U Sempena Hari Bapa

[dropcap]R[/dropcap]adio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan penghargaan buat golongan bergelar bapa dua hari berturut-turut dalam meraikan sambutan Hari Bapa 16 Jun depan. Ternyata kasih sayang dan pengorbanan golongan dimuliakan ini tidak pernah dipandang sepi dan mudah semua pihak.

Saksikan tayangan filem Freshman Father pada 15 Jun 2013, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2 yang mengajak penonton berkongsi kisah pemuda yang masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Apatahlagi dia hanya bersendirian menjaga anaknya setelah teman wanitanya yang masih muda tertekan dan meninggalkannya.

[pullquote align=”right”]Penghargaan Buat Bapa di RTM : Freshman Father dan Telemovie Papaku Masuk U Di TV1[/pullquote]

Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.

Plot menarik khas meraikan Hari Bapa ini yang mengisi slot Saturday Matinee ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.

Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain berpesta, John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke Lowa juga meninggalkan John.

Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.

Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan kepujian.

Kemudiannya bergelak ketawa dengan telefilem komedi yang mengisahkan situasi bila mana seorang bapa dan anak menyambung pengajian di Universiti yang sama. Tambah menyulitkan keadaan bila ibunya pula adalah pensyarah di Universiti tersebut.

Drama menarik lakonan Rusdi Ramli, Aida Aris, Shakilla Khoriri dan Nur Khiriah ini menemui penonton pada 16 Jun 2013, jam 10.00 pagi dalam slot Panggung Ahad di TV1.

TELEMOVIE PAPAKU MASUK U

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noraniza Idris Bakal Lancar Sanggar Budaya

Pertandingan Memasak Bubur Lambuk Menara KL