Menjelang bulan Ramadan, pastinya jadual Budiey semakin padat dengan undangan untuk menjamah hidangan menu buffet terbaru sempena bulan puasa 2015 ini. Semalam, Budiey ditemani Cyrill Hassan telah menerima undangan untuk mencuba hidangan sajian buat pertama kalinya di Fraser Residence Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Cendana, Kuala Lumpur. Hotel residence ini terletak berhampiran dengan Hotel Renaisance Kuala Lumpur.
Bertemakan Seribu Satu Malam, Fraser Residence buat pertama kalinya mempersembahkan hidangan di restoran RELISH yang berlangsung dari 22 Jun hingga 12 Julai ini eksklusif dari air tangan Chef Ishak.
Antara hidangan menarik yang menyelerakan kami ialah hidangan dari Timur Tengah termasuklah Kabsa Laham, Tajine Barkouk, Shish Taook, Babosa dan Baklava. Selain itu, tidak dilupakan sajian Melayu antaranya Gulai Tempoyak Ikan Patin, Ayam Percik Cik Siti Wan Kembang, Rendang Tok dan Laksa Johor untuk kepuasan pengunjung.
Buffet ini berharga RM98 nett (dewasa) & RM59 (Kanak-Kanak) Advanced Purchase of 2 days.
RM138 nett (dewasa) & RM82 (Kanak-Kanak).
Terima kasih kerana sudi menjemput kami. Follow IG kami: BudieyBuddies dan Facebook kami: www.facebook.com/budieybuddies
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi: +60321910893