Saksikan pelbagai rancangan hebat yang sama seperti sebelum ini. Sebagai contoh, rancangan-rancangan menarik Amerika Syarikat yang disiarkan pada ‘hari yang sama’ seperti The Voice, The Good Doctor; Crazy Ex-Girlfriend, Empire dan Victoria’s Secret Fashion Show.
Baru-baru ini, FOX Life turut menambah dua rancangan baru yang bersiaran pada hari yang sama dengan Amerika Syarikat seperti siri drama perubatan terbaharu, New Amsterdam dan siri TV keluarga, A Million Little Things sebagai sebahagian daripada komitmennya yang berterusan sebagai saluran terbaik untuk program berkualiti tinggi.
Usahanya untuk memperkayakan para peminat tidak berakhir di sini. Mulai 2 November, FOX Life akan memperkenalkan ‘Friday CINElife’ di mana para peminat boleh menikmati kandungan filem menarik pada setiap Jumaat jam 9 malam.
Malam filem anda akan dimulakan dengan kisah dongeng moden yang menyentuh perasaan, The Odd Life of Timothy Green diikuti dengan drama romantik paling epik Titanic; thriller psikologi alam mistik Voice in the Stone; drama perbicaraan The Whole Truth; komedi muzikal keluarga The Muppets; dan filem lucu, menyentuh perasaan 20th Century Women yang dibintangi oleh Annette Benning, Elle Fanning dan Billy Crudup.
Para peminat yang terlepas menonton mana-mana rancangan terpilih di kaca TV, boleh menontonnya semula di FOX Life melalui Astro on Demand dan Astro GO pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja di Malaysia dengan menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar mereka.
Vineet Puri, Naib Presiden Kanan Ketua Wilayah Malaysia dan Singapura, FOX Networks Group Asia berkata,
“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa FOX Life kini boleh dinikmati oleh lebih ramai lagi pelanggan Astro! Sebagai peneraju saluran hiburan umum di Asia, FOX Life ingin menawarkan sesuatu untuk penontonnya di Malaysia, daripada komedi yang mencuit hati hinggalah drama yang memukau, hiburan mesra keluarga, rancangan TV realiti kesukaan ramai serta filem Hollywood yang telah memenangi pelbagai anugerah. Memandangkan ianya kini boleh didapati di dalam Family Pack, kami berharap dapat meraih lebih ramai lagi peminat FOX Life di Malaysia.”
Agnes Rozario, Naib Presiden, Ketua Bersama untuk Kandungan Antarabangsa dan Kawasan Serantau, Bahagian Kandungan, Astro berkata,
“FOX Life kini akan menyerikan lebih banyak rumah para pelanggan Astro, dan menghiburkan seisi keluarga dengan pelbagai cerita popular. FOX Life kini didapati melalui pakej Family Pack, dan pakej tersebut dapat menawarkan pengisian lebih komprenhensif, antaranya siri TV terbaru, blockbuster, berita, kandungan vernakular, edutainment dan pelbagai rancangan menarik untuk hiburan para pelanggan kami.â€
Tonton FOX Life di saluran Astro 711 dan 722 (HD) di kaca televisyen, Astro GO dan Astro on Demand mulai 31 Oktober dan nikmatilah kisah-kisah menarik.