in ,

Fouziah Gous & Zhafran Umum Nikah 21 September Ini

Selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Fouziah Gous akhirnya mengumumkan beliau bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan kekasihnya, Md Zhafran (Zhaf) pada 21 September ini. Beliau  tidak mahu orang ramai mempertikaikan majlis perkahwinannya kerana ia dibuat mengikut kemampuannya. Di mana majlis ini dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon.

Fouziah Gous & Zhafran Nikah

“Majlis akad nikah kami akan diadakan minggu depan, jam 8 malam di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Kami memilih 21 September tu sebab semua ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak ada pada hari itu nanti. Sebenarnya, adik Zhafran yang belajar di United Kingdom terpaksa pulang ke London pada 22 haribulan. Jadi oleh sebab kami nak semua ada pada hari itu, jadi kami pilih tarikh tersebut. Kami memilih tarikh perkahwinan ni sejak tiga minggu lalu. Kami pilih konsep Pakistan kerana saya berdarah kacukan Cina-Pakistan.”

Berita gembira tersebut dikongsikan pasangan ini sendiri yang ditemani oleh Md Zhafran pada sidang media khas yang diadakan di Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, petang Jumaat 13 September 2013. Pasangan ini melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka.

Fouziah-Gous-Zhafran-Umum-Bakal-Nikah-Minggu-Depan

Fouziah  enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain. Dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut.

“Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri. Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja.”

Pelakon kacukan Pakistan-Cina-Melayu itu turut mengumumkan majlis persandingan mereka bertemakan Pakistan akan diadakan seminggu selepas itu iaitu pada 29 September di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.

Lebih menarik, menurut perancang perkahwinan pasangan ini iaitu Naz, pada majlis ijabkabul nanti, suasana dewan masjid akan didekorasi ala Bandar Agra berlatarkan rona serba putih.

Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula bertemakan Songket Tradisional dan akan diadakan pada 5 Oktober depan bertempat di kediaman keluarga Zhafran di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Pada hari tersebut majlis akan diadakan sebanyak dua sesi iaitu pada sebelah tengahari untuk sahabat dan saudara terdekat. Sementara pada sebelah malam pula untuk para tetamu VIP, rakan-rakan perniagaan dan pihak media.

Hubungan cinta pelakon berusia 30 tahun itu dan Zhafran, ahli perniagaan dan perunding keewangan terjalin selepas mereka sama-sama mengusahakan perniagaan sarang burung sejak enam bulan lalu. Pasangan ini bertunang pada 1 Jun lalu yang berlangsung di Restoran Asmara Penchala.

Fouziah Gous & Zhafran NikahFouziah Gous & Zhafran Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Seni Dewan Filharmonik Petronas Kembali Lagi

Lirik Lagu Rasa Faris Awanband & Sam Kuman