Fouziah Gous berkata dia memilih untuk menjalani kehidupan yang tenang dan dia tahu bahawa suaminya menjalankan tanggungjawab.
Sementara itu, Fouziah berkata dia tiada masalah bekerja dengan suaminya menguruskan syarikat mereka, Zhafou Global Sdn Bhd. Katanya lagi, mereka profesional dalam hal kerja dan tidak pernah mencampur adukkan urusan peribadi.
“Saya selesa bekerja dengan suami, tiada masalah kerana kami profesional serta memahami tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan urusan kerja dan rumah tangga.
“Sebagai ibu, isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Zhafou Global selaku pengeluar FG Walet, masa saya padat, namun di rumah saya tetap laksanakan tugas dan tanggung jawab.
“Suami pun sangat bertimbang rasa, bantu apa yang patut ketika di rumah tetapi walaupun kita ‘kepala’ di tempat kerja jangan terbawa-bawa ego.
“Saya selalu ingatkan diri supaya buang ego terutama dalam rumah tangga sebab ada sebilangan wanita yang terlupa perkara ini sehingga jadi dominan,” katanya