in ,

Fouziah Ghous Pegang Watak Ibu Dalam Berikan Aku Kasih

FOUZIAH GHOUS PEGANG WATAK IBU DALAM BERIKAN AKU KASIH DI TV2

Fauziah Ghous salah seorang artis dan model Malaysia yang boleh dikatakan mencipta nama dengan begitu cepat kerana bakat lakonan semulajadi yang dimilikinya. Malah kehadirannya dalam bidang lakonan bukan sahaja bersandarkan kepada kecantikan wajahnya semata-mata sebaliknya kerana kemampuannya menjayakan watak yang diberikan pengarah.

Anak kelahiran Kuala Lumpur berdarah campuran Pakistan dan Melayu sebelah bapanya dan Cina dari sebelah ibunya ini  yang memiliki kelulusan Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik, Kuala Lumpur terbaharu bakal muncul membintangi drama mengisi slot Citra, Berikan Aku Kasih disiarkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat), jam 8.35 malam di TV2 dengan menjayakan watak sebagai seorang ibu dan wanita teraniaya.
 
Menerusi Berikan Aku Kasih, pelakon tinggi lampai ini membawakan watak gadis bernama Kasih yang berkenalan, bercinta, berumahtangga dan bakal menimang cahayamata dengan suaminya Irfan tanpa menyedari ada rahsia yang tersimpan kemas di dalam diari hidup Irfan dan ibu mertuanya.

Berikan Aku Kasih mengisahkan Kasih yang telah dipisahkan dari anak tunggalnya, Rizal oleh ibu mertuanya, Mak Leha. Kasih adalah anak yatim piatu, diperkenalkan pada Ifran dan kemudian disunting menjadi isteri kepada Ifran. Kasih yang begitu mengenali karektor Irfan hanya mampu untuk mengetahui latar belakang Irfan melalui Mak Leha, ibu Irfan. Seringkali Kasih dikejutkan dengan mimpi-mimpi buruk Irfan di tengah malam, menyebabkan dia menjadi tertanya-tanya tentang rahsia yang disimpan Irfan.
 
Kasih melalui hidup sebagai suami-isteri seperti biasa dan sedang menantikan kelahiran bayi sulungnya Irfan. Mak Leha tumpang gembira dengan keadaan itu. Setelah melahirkan, Kasih dijaga oleh Mak Leha sepanjang berpantang. Mak Leha memberikan Kasih pelbagai ubat-ubatan herba dengan alasan supaya Kasih lekas sembuh, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Kasih menjadi semakin lemah dan tidak bermaya dan dia menjadi hairan dengan keadaan itu.

Kasih mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena berlaku dan tuduhannya berasas. Dia cuba mengadu pada Irfan tetapi Irfan mengatakan Kasih hanya beranggapan bukan-bukan. Kehadiran Salina telah membantu menjernihkan kekeruhan yang melanda rumahtangga Kasih dan Irfan. Kasih dan Irfan kemudiannya bersemuka dengan Mak Leha dan akhirnya kebenaran dapat diketahui. Mereka menghantar Mak Leha untuk mendapatkan rawatan.

Selain Fouziah Ghous, drama terbitan Gama Taktik Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Zulhuzaimy, Maimon Talib, Zulkifly Azari (Ijoy) dan Iris Yasmin. Untuk mengetahui kesudahannya, sama-sama kita saksikan Berikan Aku Kasih disiarkan pada 23 Oktober 2009 (Jumaat), jam 8.35 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erin Malek Berjaya Lulus Lesen Menyelam

Gambar Selebriti di Kembara TV3 Edisi Raya