in , ,

Founder Bulan Bintang Panggil Netizen ‘Tebuk’ Kilang, Periksa Kualiti Baju

Let’s make Baju Melayu great again, Pada tahun lepas, jenama Bulan Bintang tidak terlepas daripada menerima komen daripada pembeli yang kurang berpuas hati dengan kualiti penghasilan baju melayu.

Pengasas jenama Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi melakukan cabaran ‘berani mati’ apabila menjemput sembilan tetamu istimewa yang dipilih daripada mereka yang meluahkan ketidakpuasan hati di laman sosial miliknya terhadap kualiti baju Melayu Bulan Bintang pada tahun lalu.

Jelas Azzim, sembilan tetamu istimewa ini diberi peluang memilih kotak secara rawak dan memeriksa sendiri kualiti baju Melayu edisi terbaharu miliknya.

“Fuh, pertama kali dalam sejarah aku buat benda ni. Tak pernah lagi aku buat perjumpaan face to face dengan customer, bekas customer, bekas customer to be dan even haters aku (kot)

“Semalam, aku jemput 9 orang tetamu istimewa datang ke Private Viewing Session untuk tengok sendiri barang Bulan Bintang 2024. Aku biarkan mereka pergi ambik kotak baju di rak, dan inspect sendiri.

“Kalau tak buat camni, risau netizen kata aku hanya promote barang-barang yang elok, yg pre selected, yang dah rancang sahaja. Hahaha

“Alhamdulillah, aku dan team sangat-sangat gembira bila dengar sendiri feedback tentang baju melayu tahun 2024. Kami terima 99% positive feedbacks daripada yang datang semalam.

“Tetamu yang datang semalam sangat suka dengan kualiti kain baru yang kami guna, kualiti jahitan yang semakin halus dan kemas dan ada beberapa features baru yang kami introduce untuk tahun 2024 ni. Ada yang terus beli 2-3 pasang terus.

@meripergibulat

Semalam aku panggil 9 orang customer Bulan Bintang, QC sendiri baju melayu Bulan Bintang 2024. Alhamdulillah semua happy ❤️

♬ original sound – meri yang busy – meri yang busy

“Tak sabar rasanya nak bagi korang pegang, belek dan tengok sendiri produk Bulan Bintang yang diberi nafas baru ni. Korang semua boleh datang ke butik rasmi Bulan Bintang di seluruh Malaysia mulai Sabtu ni.

P/s : diorang ni yang aku cari kat dalam previous video, boleh refer context kat situ ok. Risau jugak org ingat aku plan jugak benda ni.

#bulanbintang.”

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pengasas Bulan Bintang ini cukup matang dan positif dalam menerima kritikan dan berusaha memperbaiki kualiti baju.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Noy, Zizi & Harris Tersingkir Minggu 3 Dan Lagu Suku Akhir 4 Bintang RTM 2024

Suami Isteri Bergabung Mencipta Pencuci Mulut Yang Enak ‘Dessert Lab’