Beberapa hari lalu pulak, kecoh pulak apabila tular sebuah video yang menunjukkan situasi tegang seorang lelaki disimbah air sirap ketika sedang asyik membuat live di sebuah kedai makan. Video yang dimuat naik pengguna Twitter @JarkAbdul itu menjadi tular sejak semalam dan telah dikongsi lebih 5000 pengguna media sosial yang lain.
Mangsa yang disimbah air sirap itu dikenali sebagai EEIN atau Dato Seri Muhammad Solihin iaitu seorang founder produk kosmetik dan makanan kesihatan.
Dia yang pada awalnya sedang berinteraksi dengan penonton di Facebook sambil menikmati makanan di restoran Nasi Daging Sempoi telah didatangi seorang lelaki yang bertindak menyimbah air berwarna merah secara tiba-tiba.
Potongan video usahawan tersebut disimbah air telah tular selepas akaun Twitter milik Jabatan Netizen Malaysia memuat naiknya di media sosial.
Kedengaran dengan jelas bahawa usahawan itu bercakap agak kasar dan kuat sambil bergelak ketawa ketika di kedai makan. Secara tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menyimbah air ke arah usahawan itu.
Tukang Simbah Mohon Maaf
Pada 10 Oktober lalu, pengguna Twitter @JarkAbdul turut memuat naik sebuah video penjelasan daripada bro yang mencurah air sirap tersebut.
Menurut si tukang simbah tu, mangsa telah bercakap terlalu kuat hinggakan mengganggu orang lain. Dia juga dikatakan menggunakan kata-kata yang tidak elok semasa live tersebut.
Namun, dalam live terbaru daripada lelaki yang menjadi mangsa disimbah air sirap tersebut telah memohon maaf berkenaan perkara terbabit dan mengakui kesilapannya.
Menurut kata Caprice, setelah disiasat rupanya tukang simbah adalah pelakon sambilan.
Kejadian berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyentuh kepada adab kedua-dua pihak.
Kata Mereka:
Bagi aku, dua-dua ada salah. Okay kita bincangkan si mangsa ni. Pertama, kita kene tahu dan kita semua tahu adab ketika makan. Nabi mengajar kita adab ketika makan adalah menghormati rezeki.
Aku dah kabor jangan ganggu tempat makan dengan benda benda mengarut ni. Bukan kau sorang je ada kat situ, cubalah hormat. Nasib baik simbah sirap, kalau dia simbah sup tulang?
Kau nak live, live je la. Tapi ada common sense sikit la lain kali, kau pun tau, kau kat public, jangan la nak loud sangat, maki apa semua. No one ever taught you manners ke ? Dok “celaka, celaka” dekat public, kalau aku pun baran.
Macam ni la nak cakap.. apa-apa yg kita buat dekat public as long as rasa benda tu tak ganggu orang, boleh je nak buat. Tapi mungkin cara dia bercakap kuat, maybe abang tu badmood balik kerja tetiba dengar orang bising masa dia nak makan ke apa. Tindakan emosi.
Aku tengok ramai je influencer boleh buat live cara baik & hormat public. Ni manjang dok maki.Tak kira la memang kerja dia buat live ke apa but manners comes first doh tak kira hang sapa.
Aku dah tengok full live tu dan memang dia ni loud sangat. Gelak dan cakap kuat gila. Brother yang kat belakang tu pun da suruh slow skit tapi dia start provok cakap jantan celaka etc. Last-last hilang sabar agaknya tu yang kena simbah tu.
Marketinggg.. Dia punya storyline nampak macam murahan sangat. 1. Dia asik mention tuan kedai dah beri izin. 2. Time dia panggil akak tuan kedai tu, akak tu dah standby pegang phone menghala kat depan muka dorang. 3. Air sirap dia terlalu merah,mana ada orang minun air sirap ais merah macam tu. Baru terpegang sikit dah merah jari. So, tekstur air sirap dia terlalu pekat. 4.time dia kene siram tu, dan2 pulak ada orang rakam. Yang cctv punya tu x apala.. Ini yg rakam kat meja tu, rasanya dari pemilik kedai. Semuanya nampak mcm dalam sinetron. Sekian, itu dari penilaian saya laa. Pesanan saya, carilah idea yang lebih fresh.
Founder Dinasihatkan Buat Laporan Polis
Rata rata netizen menyuruh founder EEIN untuk terus buat laporan polis kerana telah dikasari. Founder EEIN juga telah memuat naik satu status malam tadi jelaskan dari sebelah dia sendiri.
First Time Kena Simbah Masa Live FB
Menerusi Facebook Datuk Seri tersebut pula, dia memaklumkan akan menyaman lelaki itu kerana melakukan kekacauan kepadanya. Hal ini kerana sepanjang tiga tahun membuat live di media sosial, tidak pernah lagi ada yang dengki terhadapnya.
Air Merah Selamat ‘Mendarat’
Menerusi Facebook Datuk Seri tersebut pula, dia memaklumkan akan menyaman lelaki itu kerana melakukan kekacauan kepadanya. Hal ini kerana sepanjang tiga tahun membuat live di media sosial, tidak pernah lagi ada yang dengki terhadapnya.
Pemilik Kedai Mohon Maaf Kepada Pelanggan Lain
Dalam pada itu, pemilik kedai makan yang menjadi ‘medan’ perbalahan usahawan kosmetik dan serorang lagi pelanggannya telah tampil memberikan kenyataan.
Menurut pemilik Nasi Daging Sempoi, pihak mereka memohon maaf kepada pelanggan yang lain andai mereka terganggu dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu.
Sehubungan dengan penularan video tersebut, seperti biasa, netizen tetap menjalankan tugas dengan meninggalkan komen di Jabatan Netizen Malaysia.
Rata-rata mereka telah menyokong tindakan lelaki yang menyimbah air tersebut kerana berasa berang dengan celoteh ‘tajam’ usahawan itu.
Namun begitu, ada juga yang menyatakan lebih elok andai mereka berbincang dengan cara baik kerana ramai lagi pelanggan yang ingin menikmati makanan di kedai makan tersebut.
Kesimpulannya, walau di mana pun kita berada dan dengan siapa pun kita bercakap, haruslah mempunyai budi bahasa. Lagi satu, jika ingin menegur kesalahan orang lain haruslah tegur dengan cara sopan.
Apa pun kita harapkan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan elok.
Semoga menjadi pengajaran buat kita semua untuk saling menghormati antara satu sama lain.
Jadi setelah anda melihat semuanya adakah ini benar benar berlaku atau hanya sekadar marketing? Kalau betul marketing, kiranya berjaya la strategi sebab video tu dah tular dan semua portal besar-besar dah siarkan berita pasal video ni.