in ,

Fotokopi Lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen Di TV2

FOTOKOPI’ KISAH KONFLIK HIDUP 2 REMAJA BERBEZA DI TV2

Tuntutan kehidupan masyarakat kini yang telah menjengah usia seabad di alaf baru pelbagai cabaran, cara hidup dan aktiviti sosial remaja membelenggu pemikiran para ibu bapa untuk terus mengawasi anak-anak dalam menghadapi masa depan.  Justeru Radio Televisyen Malaysia senantiasa memaparkan rancangan berbentuk ilmiah selain menyiarkan telemovie, drama serta rancangan hiburan bermesej yang dapat memberi kesedaran sivik sekaligus menarik remaja dari melakukan aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Fotokopi sebuah drama remaja mengisahkan tentang Shila dan Ain dua remaja perempuan yang berbeza latar belakang mereka. Shila anak golongan berada merupakan remaja bermasalah dan terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral dikalangan remaja manakala Ain pula gadis kampung yang bertanggungjawab dan bekerja keras sebagai pelayan kafeteria demi menyara kehidupan ibunya yang hidup susah dan hanya menanggung hutang arwah suaminya. 

Ibubapa Shila kecewa dan marah akan sikap Shila yang tidak bertanggungjawab lalu bertekad untuk menghantarnya ke kampung teman baik bapanya En Yazid sebagai hukuman untuk menyedarkan Shila atas kesilapannya. Ketika Shila bertemu rakan-rakannya disebuah kafeteria Shila bertemu Ain yang mempunyai wajah seirasnya. Demi melangsaikan hutang bapanya Ain menerima tawaran lumayan Shila untuk mengambil alih tempatnya menjalani hukuman bersama En Yazid. Sepanjang hukuman Ain yang di sangka Shila amat disenangi oleh En.Yazid dan keluarga. Manakala di rumah Ain pula, Shila ingkar untuk menjadi diri Ain yang terlalu baik lalu mengasari Ibu Ain sehingga ibunya menangis kerana terlalu kecewa melihat perubahan sikap anaknya secara tiba-tiba.

Segala rahsia antara Shila dan Ain terbongkar apabila Shila yang keluar dari rumah tanpa kebenaran ibu Ain telah ditahan oleh polis di sebuah disko. Shila didapati positif dadah teraniaya oleh niat jahat teman lelakinya.

Rahsia yang telah terbongkar ini akhirnya diketahui ibu bapa Shila. Adakah Shila sesal akan kesilapan terhadap kedua orang tuanya? Dan adakah Ain pula kehilangan ibunya yang telah dikasari Shila? Saksikan telemovie Fotokopi tebitan Enuja Production Sdn Bhd lakonan Shereen Ibrahim, Hairul Azreen, Mahmood Ali Bashah, melalui saluran TV1 pada  9 Januari 2010, jam 3.05 petang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Ulangtahun Ke-3 Budiey.com!

Drama My Family, My Love 200 Episod di 8TV