Tahun ini, memamg boleh dibilang dengan jari. Kalau ada pun, cuma untuk showcase yang kecil-kecil di Planet Hollywood dan dipertunjukkan acara di Dataran Merdeka sahaja. Orang kita masih mengagungkan penyanyi dari Seberang.
Memang saya akui lagu-lagu dari Indonesia memang sedap. Saya pun selalu layan juga lagu Titi DJ, Rossa, Kris Dayanti, Samson, Peterpan, Letto dan Melly Goeslow.
Tapi kerana terlampau memberi peluang sangat tak boleh juga sehingga meminggirkan penyanyi tempatan. Saya setuju dengan kata-kata luahan perasaan penyanyi dangdut yang berduet dengan juara Gangstarz, The Lima.
Kata Mas Idayu di Melodi TV3, Cam ni lah orang kita terlalu bagi muka sangat dengan artis dari sana. Bukak radio, lagu dari sana juga yang kita dengar. Ini lah dia… Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan!
Gerai makanan dan minum juga dibuka.
Di pintu depan Stadium Negara
Kita duduk dulu…
Penonton di kerusi VIP
Penonton yang sedang menunggu.
Antara VVIP yang datang terdiri daripada orang kenamaan dari kedutaan Indonesia.
Dan akhir sekali… dah jadi lumrah dan kebiasaan apabila kita dapat tengok aksi angkat mengangkat, julang menjulang… setakat tu tak pe lah lagi. Tapi kalau setakat bergaduh depan pentas, buat kecoh dan huru hara, itu dah melampau.
Sampai pintu stadium pun boleh dirempuhnya… Mmm… sendiri mahu ingat la. Nampaknya, untuk konsert dari Indonesia di masa akan datang, kawalan keselamatan perlu lebih ditekankan lagi.