Baby Shima ada mengakui di sebuah lamam portal bahawa individu berkenaan adalah dirinya serta meminta netizen tidak sibuk tentang hal peribadinya kerana apa yang dilakukannya itu tidak menganggu orang lain.
“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,â€
– Baby Shima
Berdasarkan beberapa keping foto dihantar kepada pihak mStar, penyanyi itu didakwa seperti sedang mencium lelaki tersebut sambil memegang segelas minuman. Adakah ini sekadar gimik sahaja atau macamana?
Ditanya adakah kontroversi ditimbulkan itu sengaja dibuat untuk meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalahkan netizen. Katanya lagi, dia tidak pernah ada niat untuk timbulkan kontroversi.
“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up.
“Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,â€
– Baby Shima
Beberapa netizen mengatakan isu ini adalah satu gimik yang sengaja dicipta untuk mempromosikan sebuah filem atau video muzik.