Melakar satu lagi sejarah dalam industri seni suara tanahair, seterusnya meniup semangat baru bagi penggiat karya dan penyanyi. Tahniah dihulurkan kepada pemenang. Biasalah, AIM memang terkenal dengan pemenang yang sukar untuk diduga. Kadang kala, artis underdog pun boleh merangkul trofi. Perlu ingat ya, juri AIM memilih bukan atas dasar populariti tetapi berdasarkan mutu dan kreativiti.
Banyak cerita yang ingin ditulis sebenarnya. Namun, ruang masa masih terbatas. Kemeriahan sangat dirasai. Ramai selebriti yang lama dan baru hadir menyerikan majlis.
Seperti biasa, anugerah berprestij seperti AIM menjadi tempat untuk selebriti kita melaram sakan dan memperagakan fesyen. Terutama sekali ketika acara pertama AIM iaitu berjalan di karpet merah.
Budiey sempat bergegas ke lokasi untuk mengambil gambar artis kita dan melihat selebriti dari dekat.
Kalau di Dewan Merdeka riuh dengan sorakan gemuruh dengan persembahan power gila dua band lagenda rock negara bergabung, di Dewan Sivik pula riuh dengan sorakan dan sesuatu yang tidak diduga berlaku.
Ada yang gembira dan ada yang berduka. Rasanya ramai yang puas hati dengan apa yang berlaku. Saya kira, ini semua ketentuan dan itu sendiri yang anda mahukan ianya berlaku. Akhirnya, ia berlaku.
Sebelum apa-apa, Budiey letak dulu la ya, gambar penyanyi dan selebriti ketika berlenggang di red carpet.
Siapa dia? Tak tahu, adik tak tahu… gambar lebih terang di bawah….
Dua pengacara red karpet yang bersiaran di NTV7. Elegan!
Ramai yang tertanya-tanya siapa dia ini? Katanya, wartawan veteran? Fesyennya nampak sempoi & ranggi. Siapa wanita di sebelahnya? Jangan tanya saya, sebab saya pun tak tahu.
Penyanyi reggae berbangsa India, Sasi The Don, Juga finalis yang bertanding. Mengikut warna tema AIM; merah & hitam.
Bob dan Farhan, antara finalis untuk Anugerah Penyanyi Harapan. Pertama kali saya lihat rambut Bob macam stail Cat Farish. Farhan anggun sekali dengan corak urban batik yang dililit tali pinggang tebal keemasan.
Bandi, vokalis band rock metal tak lekang dengan topengnya. Ye yeaaahh!
Nurul memilih warna pastel dan labucinya disusun petak-petak macam sarang labah. Tema Spiderman 3. Apa-apa pun, anting-anting dia tetap besar. Ehem, mana teman baru?
Pengacara Aishah Sinclair.
Shanon Shah
Penyampai Radio Hot FM, Fara Fauzana. Erm… seksinya bahu dia.
Ning Baizura sungguh anggun dan berseri pada malam itu.
Sazzy Falak. Suami dia kena jadi pengacara red karpet. Jadi terpaksalah bersendirian. Macam amoi, kan?
Guru vokal dan penyanyi bersuara soprano, Syafinaz. Wow! Kat dalam TV tak berapa lawa, tapi kat luar… fuh cun giler. Memilih warna orange atau jingga yang menyerlahkan lagi keperibadian dan kredibilitinya.
Penyanyi Aishah bersama anak tersayang. Sopan berbaju kurung dan manis bertudung. Warna koko yang sedondon. Lembut dipandang mata.
Damian…. Wakil dari grup R&B, V.E… hari ini ada show terakhir V.E di Planet Hollywood.
Oghe kito jugok nih… banggo la oghe kito pung bejale di red karpet ok! Hehehe, kecek Kelate la pulok… Penaja tidak dilupa ya, ini dia pengerusi AirAsia, Datuk Pahamin A. Rejab.