Ahad lalu (4 Mac), saya diajak oleh Klubbkidd untuk ke Studio Finas, Ulu Kelang. Lama tak ke sana boleh terlajak la pulak. Alah, tak susah untuk ke Studio Finas ni. Sebelah Zoo Negara tu je.
Siapa lagi kalau bukan Jovian Mandagie. Kelas tak? Apa tak kelas, semua baju untuk juri yang terkenal dengan komennya yang pedas ini ditaja oleh Jovian.
Sampai kat sana, pertandingan dah bermula. Kumpulan Mendua sedang gigih memerah suara untuk lagu My Heart. Memang mantap harmoni yang dibuat. Sebelum itu, Mendua menyanyikan lagu Menghitung Hari dengan stail mereka sendiri yang begitu unik. Mendua saya rasa antara pesaing sengit selain daripada kumpulan The Lima.
Mendua yang terdiri dari 3 anggota. Pernah menyertai pertandingan Bintang Cari Bintang (adik beradik dengan program Mentor) di Indonesia.
Pengacara yang sedang menghafal skrip. Anne & Faizal OIAM. Tapi stail mereka lebih santai dan matang.
Penonton yang memang kepoh dan happening malam tu. Korang memang boleh masuk pertandingan pasukan sorak.
Grup 5 orang wanita yang menggelarkan diri mereka Pianka. Juga dari Indonesia. Showmanship yang sederhana tapi lebih mantap dari grup Malaysia. Dua buah lagu iaitu, Didadaku Ada Kamu dan We Will Rock You dibawa dengan harmoni yang power giler.
Vernon mempertikaikan pasal imej mereka yang masih dikelirukan dengan pakaian. Masalah ‘identiti’ juga kata Vernon terpesong sebab pemilihan genre lagu yang tidak betul, tetapi pujian harus diberikan kepada kehebatan vokal berharmoni mereka.
Kalau nak bawa genre pop biarlah semua lagu disampaikan dalam genre pop. Jangan campur adukkan pop dengan genre lain. Pop boleh dipelbagaikan dalam bermacam cara.
E-Voke, kumpulan dari Sabah, Malaysia yang membuat persembahan malam itu memang ligat dengan tarian untuk lagu Puteri dan Seri Satu Sama (Adam AF)
Nampak jelas grup ni kurang persiapan sebab terpaksa jadi ‘bidan terjun’ bagi menggantikan tempat kumpulan Del Stellarz. Gerak tari yang masih tidak seragam walaupun nampak ligat. Harmoni diorang jugak lintang pukang. Suara pun macam hancur je bunyinya. Sebab mereka lebih fokus kepada tarian. Mesti semput punya.
Memang kalah teruk kalau nak dibandingkan dengan grup dari negara seberang.
Yang sebelah kiri sekali tu, nampak sangat dia fake untuk senyum dan cuba sedaya upaya. Tidak nampak spontan dan santai.
N’Quint, grup dari Indonesia membawa lagu Seindah Biasa dan Cinta Tak Akan Usai. Vokal mereka juga mantap.
Namun, N’Quint tampak ketinggalan di belakang sebab tiada apa yang istimewa untuk ditampilkan. Yang penting pertandingan ini perlu ada keunikan. Tidak mahu meniru sesiapa. Grup Mendua dan Pianka jauh lebih baik dari N’Quint.
Pakaian mereka agak seksi sebab terlalu singkat. Jangan sampai ternampak pusat sudah la ya.
CJP, grup hip hop dari Singapura memang hancur. Sepatah haram saya tak faham apa dia sebut. Tak jelas. Nak tiru gaya artis barat. jangan harap nak dapat sokongan dari pengundi apatah lagi juri yang berbelah bagi untuk memuji show mereka.
Saya setuju sangat dengan komen Vernon, CJP dicop grup yang “very berangan”. Ada sebab mengapa Vernon cakap macam tu. Pandai-pandailah perbaiki diri korang.
Ehem-ehem… no komen dengan gambar ni. Saje je letak untuk hiasan.
Wah, Vernon dengan yakinnya menulis komen. Sat lagi nak kena hembur kat budak-budak tu. Laser jangan tak laser.
G-18, grup dari Indonesia ini pada saya biasa sahaja. Mendendangkan lagu Astaga (tidak familiarlah dengan lagu ini. Lagu sape ek?) dan lagu Inikah Cinta & Tiada Logika dengan gaya yang sederhana tapi masih menarik penonton untuk turut sama goyang.
Harmoni grup G-18 kira mantap la jugak. Kreatif dan berinovasi sebab pandai membentuk cara mereka sendiri. Patutlah mereka antara yang dipuji kerana persembahan yang meriah. Bak kata Maple Loo, sebuah persembahan yang berwarna-warni.
Tapi pelik betul nama grup ni… G18. Cam nama pertubuhan keamanan je. Kenapa tidak kasi nama M16 je. Bunyi ganas sikit. Barulah meletop! Ops!
Maple Loo tengah memberi komen. Sementara Arab tersengih. Vernon pula memandang peserta dengan gaya yang kesian.
Konsert disudahkan dengan grup The Lima (baca: Delima). Antara grup yang menampilkan 3 lelaki yang semuanya nampak jamboo-jamboo remaja yang urban. Tapi bukan wajah dan gaya mereka jadi ukuran, persembahan The Lima juga memang mantap. Baik dari segi suara, harmoni dan tarian. Memang happening!
Lagu Tak Bisakah dan Ku Akui di tangan The Lima memang sempurna di telinga saya sebab mereka ada sesuatu keunikan. Saya jangka grup ini akan menjadi grup favorite rakyat Malaysia selain Mendua. Mereka ada pakej yang lengkap untuk membawa ke final. Itu pun kalau ada sokongan dari pengundi.
Juri pun setuju untuk mengatakan mereka hebat. Siap Maple Loo nak kahwin dengan diorang lagi. Sebab diorang kan cute miut. Gatai betul juri nih. Tapi memang berbaloi lah dengan imej yang mereka bawa tu kan. Sorang yang berambut kerenting afro tu, kata Klubbkidd macam Allahyarham Sudirman. Sama ke? Mirip-mirip tu ada kot.
SIKIT INFO PASAL GANGSTARZ
Gang Starz merupakan satu-satunya program realiti yang mengenengahkan bakat baru bagi vokal berkumpulan dan menawarkan pakej lumayan dengan wang tunai berjumlah USD100,000 (RM360,000), selain kontrak rakaman bersama syarikat rakaman terkemuka.
Format pemarkahan program ini ditentukan oleh juri professional sebanyak 50 peratus, manakala 50 peratus lagi ditentukan oleh undian SMS penonton.
Dalam pada itu, panel penasihat yang turut membantu mengenengahkan bakat pada pserta Gang Starz adalah terdiri daripada Pot Amir (Innuendo), Juliza Adlizan, Cat Farish, Ramli MS, Afdlin Shauki, Rosyam Nor, Tiara Jacquelina, Norman dan Edry KRU.
Sumber: Berita Harian
Tarian yang sangat hebat, ada syncronize dan mengancam!
Ramai peserta dari Malaysia ternganga tengok show peserta Indonesia. Haa… siap sedialah korang kena bedal. Ops!
Show penutup dari Cat Farish & grup terbaru dibawah pimpinannya Fabulous Cats. Selingan je ni. Mmm… seksinya penari-penari kat belakang tu… sengaja menyeksikan diri atau tak disengajakan?
Macam kenal jek brother ni… Member Fabulous Cat jugak ke?
Tiada konsert Gang Starz pada minggu depan untuk memberi laluan kepada Jomheboh di Kuantan yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Mac.
Sementara tu, senarai-senarai pelajar Akademi Fantasia telah pun dikeluarkan. Sila ke blog Mr Manager untuk info lanjut. Juga pengumuman pengetua AF5 yang disandang oleh Roslan Aziz akan dibuat pada hari Khamis ini di Hotel JW Marriot. Persoalan yang masih bermain, siapakah pengkritik tetap untuk AF musim kali ini?