[dropcap]A[/dropcap]khirnya, anugerah tahunan anjuran akhbar terkenal Malaysia, Berita Harian paling berprestij dan paling glamor dalam sejarah dunia hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH’12) yang edisi ke-26 telah pun berlangsung.
Seawal jam 7.45 malam tadi telah berlangsungnya acara karpet merah yang menampilkan ramai selebriti baru dan lama, yang sendu dan yang terkemuka dan yang meletop dan tak kurang yang jadi mangsa fesyen. Acara red karpet kali ini pastinya tak seperti suasana di puncak keriangan Genting kerana tahun ini Budiey rasa lain macam bila ABP berpindah lokasi di Kuala Lumpur yang hangat membahang.
Namun begitu selepas 20 minit berlangsung, hujan turun membasahi karpet merah dan kami jurugambar dan selebriti terpaksa berada dalam Stadium Putra. Keadaan agak tak tentu hala sedikit namun, segalanya dah pun tersurat, pentas karpet merah yang grand tak dapat digunakan sampai habis acara. Namun apa yang penting bagi Budiey, fesyen dan trendy gaya mereka perlu selaras dengan tema ABPBH2012 iaitu Ledakan Geometri.
Jom kita lihat antara gambar yang sempat ditangkap dari lensa kamera Budiey.
Foto Artis di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular 2012 Part 2