Kepada yang tidak suka dengan Aizat, anda boleh tutup mata ya! Atau alihkan pandangan ke entri seterusnya. Kerana mungkin foto-foto berikut ini boleh mengakibatkan anda mengidap sakit mata. Hehe… gurau saje, jangan marah aaaa….
Saya tidak mahu mengulas persembahan Aizat di ruangan ini, sebaliknya saya ingin menyatakan di sini, perasan atau tidak, Aizat telah menampilkan sesuatu yang belum anda saksikan sebelum ini. Dua minggu berturut dihidangkan dengan lagu dalam genre rock, sekali mendengar alunan lagu berentak perlahan memang dinantikan oleh Aizoners.
Masalah utama Aizat ialah tidak cukup stamina dan tercungap-cungap. Cara nak selesaikan masalah ini, Aizat kena banyak bersenam, jogging dan kuruskan sikit badan. Bukan senang sebab ini perlu masa yang lama dan konsisten yang tinggi.
Agak malang sekali AF musim 5 ini seperti tidak cukup duit untuk sediakan alat senaman dan riadah untuk pelajar. Kerusi pengurut pun dah takde kan? Kenapa tidak ada yang mahu kasi sponsor ke?
Rasanya, akademi kena sediakan alat-alat senaman atau gym untuk pelajar bagi memantapkan fizikal khususnya pernafasan masa persembahan.
Nota Budiey: Suka dengan baju yang dipakai oleh Aizat… nak beli kat mana ek?