in

Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Tajuk JIKA CINTA RASUL

Tanggal 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik dan tidak mengenal pencipta mereka. Sehubungan dengan itu, Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Illahi.

Khas Maulidur Rasul, Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Tajuk “Jika Cinta Rasul” di TV1

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia Timur dan Barat. Selain itu, Nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, pemurah, menolong orang yang dalam kesusahan, serta membantu anak yatim dan ibu tunggal.

Ketokohan Nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi. Baginda Rasulullah mempunyai pandangan jauh, akal fikiran yang tajam, semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari Kota Mekah ke Kota Madinah atau selepasnya.

Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasullulah dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sehubungan dengan itu, bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, Forum Perdana Ehwal Islam, pada 24 Disember ini, pukul 9.00 malam di TV1 tampil membincangkan topik “Jika Cinta Rasul”. Sebuah diskusi ilmu bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.

Dibawakan secara rakaman dari Masjid Putra Putrajaya, bersama moderator Ustaz Zakaria Othman. Turut menampilkan ahli panel jemputan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Dato Hj. Badli Shah Alauddin. Semuanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila Impian Bercuti Ke Bali Dapat Ditunaikan

Siti Nordiana, Lah Ahmad & Ronnie Hussein Perform di MALAM KALIMAH CINTA