Tajuk “Usiaku Semakin Tua†Kupasan Forum Perdana Ehwal Islam pada 31 Disember Ini di TV1. Masa berlalu dengan begitu pantas. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.
Sama ada sedar atau pun tidak, kini kita sudah pun hampir melangkah ke tahun baharu Masihi 2016. Umat Islam di seluruh dunia menyambut tahun baharu hijrah pada 1 Muharram 1437 Hijrah (Awal Muharram) iaitu pada 14 Oktober 2015 lepas yang merupakan hari kebesaran Islam.
Tahun baharu juga sinonim dengan ‘azam’ baru yang dibuat sempena kedatangan tahun baharu ini. Namun, apabila sambutan tahun baharu dicemari dengan perbuatan yang tidak beradab, maka segala keazaman yang dibuat tidak memberikan sebarang makna dan nilai.
Justeru, sambutan tahun baru haruslah berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Seiring dengan ketibaan tahun baharu, peningkatan usia juga tidak boleh dielakkan. Setiap umat manusia akan berginjak ke satu tahun yang semakin matang dan berusia.
Sehubungan dengan itu, Forum Perdana Ehwal Islam, edisi 31 Disember 2015 minggu ini, tampil membincangkan sebuah diskusi ilmu yang cukup menarik iaitu topik “Usiaku Makin Tuaâ€. Sebuah diskusi ilmu bersempena mengenai Sambutan Tahun Baru Masihi.
Bersiaran secara langung dari Masjid An-Najihin Bandar Tasik Permaisuri Cheras Kuala Lumpur, fokus perbincangkan akan dikendalikan oleh moderator Ustaz Mohd Hariri Hj. Mohd Daud, serta menampilkan ahli panel jemputan Ustaz Datuk Dr.Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.