Semasa buat liputan di karpet merah Anugerah MeleTop 2015, Budiey sempat menemubual kumpulan yang tengah meletop dengan lagu single terbaru berjudul LINANGAN TERAKHIR. Siapa lagi kalau bukan FORTEEN yang dianggotai oleh Izzue Islan, Ameer, Ariz dan One. Mereka tampil bergaya dengan konsep hip dan legend smart kasual yang cukup bergaya kemas sekali.
Ini adalah kali pertama kali mereka mengenakan pakaian dari rekaan Max Moda yang memperkenalkan mens wear dengan warna yang hipster dan terang sedikit.
Menyentuh tentang single LINANGAN TERAKHIR, lagu ini menceritakan tentang kisah percintaan yang terputus tengah jalan. Lagu ini agak rancak walaupun ia bermesejkan cinta yang cukup menyayat hati. Suka dengar suara-suara vokalis kumpulan ini yang cukup macho dan maskulin.
Budiey tak nak bercerita lebih panjang, apa kata kita tonton video kat atas ni.