in , ,

FORCEPARKBOIS Lancar Single Rap Berjudul TOPBOI, Kisah Tentang Kereta 

Krew Hip Hop Terfenomena Malaysia Meluncur Laju Dengan Single Rap Terbaharu Tentang Kereta & Kejayaan

Di kalangan penggemar muzik hip hop Asia Tenggara, nama FORCEPARKBOIS bukanlah sesuatu yang asing, tetapi bagi krew hip hop terfenomena ini, perjalanan seni mereka baharu sahaja bermula.

Krew hip hop yang berasal dari Johor Bahru ini dianggotai 11 orang kesemuanya, mereka terdiri daripada Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo (asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp), N$H ( fpbnishy) dan Fuegone (Fuegone).

Terbaharu, FORCEPARKBOIS tampil dengan single berjudul ‘Topboi’, single kedua mereka buat tahun 2022, hasil nukilan mereka sendiri, terbitan FORCEPARKBOIS WORLDWIDE, dan perlesenan rasmi oleh Warner Music Malaysia.

FORCEPARKBOIS Lancar Single Rap Berjudul TOPBOI, Kisah Tentang Kereta

“Kami sedang dalam rangka menyiapkan album dan ianya hampir siap tidak lama lagi, single ini juga bakal dimuatkan dalam album tersebut.

“Kami masih tidak menyangka kejayaan yang dikecapi hari ini bermula sekadar suka-suka sahaja, semuanya terjadi melalui sesi rakaman tidak sengaja single pertama yang dilakukan di dalam kereta, dan kereta bagi kami, mempunyai signifikasi yang sangat besar dan menjadi memori terindah buat kami,” kata Chik.

Single Topboi yang diinspirasikan oleh Nakalness, tercetus ketika mereka berada di bengkel kereta, terdetik di hatinya, bagaimana mereka mula-mula menapak di industri muzik tanah air.

“Lagu ini menceritakan tentang pencapaian yang kami peroleh sekarang, dan kereta merupakan metafora terbaik kerana segala-segalanya bermula di sini. 

“Selain itu, kereta juga menjadi simbolik kepada betapa lajunya untuk kami sampai ke tahap ini, dan enjin sesebuah kereta harus mantap dan padu, sama seperti karya-karya kami terdahulu,” jelas Nakalness.

FORCEPARKBOIS Lancar Single Rap Berjudul TOPBOI, Kisah Tentang Kereta

Single Lotus ciptaan mereka berjaya melonjakkan nama FORCEPARKBOIS ke mercu kejayaan dengan jumlah tonton melebihi 18 juta di YouTube, bukan itu sahaja, ia turut mendapat perhatian artis rap antarabangsa dari Korea Selatan, Jay Park.

Jay bersama barisan rapper daripada label muziknya, H1ghr Music, berminat menghasilkan versi remix single hit tersebut dengan pembuka kata yang cukup menarik ‘Apa khabar, it’s Jay Park’.

Single Topboi mengangkat elemen trap yang rata-rata kini menjadi muzik pilihan kebanyakan artis hip hop, namun FORCEPARKBOIS tetap mengunggulinya dengan tidak mejadi stereotaip dan mengetengahkan nuansa alternatif rap yang paling santai, di mana ke sebelas mereka masing-masing ada verse tersendiri melalui penyampaian yang pelbagai.

“Kami memperuntukkan 2 hari bagi sesi rakaman kerana setiap ahli mahu berikan yang terbaik walaupun proses tersebut mengambil tempat hanya di stesen minyak Petron yang viral di Genting Highland dan bengkel kereta, SDW Workshop.

“Bagi video muziknya (MV) pula, sesi penggambaran dilakukan di bengkel yang sama dengan menampilkan konsep lumba kereta jalanan ala Fast & Furious selain mempromosikan servis yang disediakan SDW Workshop,” ulas Noel.

Walaupun masih baharu, FORCEPARKBOIS berjaya mengecapi kejayaan dalam masa yang singkat kerana arah tuju muziknya yang berpaksi kepada konotasi hip hop bukan generik yang mereka jadikan sebagai pegangan.

FORCEPARKBOIS Lancar Single Rap Berjudul TOPBOI, Kisah Tentang Kereta

“Bagi kami, kesemua pemuzik di Malaysia ada keistimewaannya, yang membezakan kami adalah setiap ahli FORCEPARKBOIS mempunyai karakter yang unik dengan pembawakan rap yang tersendiri.

“Setiap karya yang kami hasilkan adalah yang terbaik, dengan usaha 100%, dan kami akan buat sehingga lagu tersebut jadi ‘sedap’,” tambah Blxckid.

Ujar Aset.bo: “Semoga pendengar muzik terutamanya penggemar hip hop dapat menerima Topboi dan terus meledak.

“Agar semua dapat enjoy dengan karya ini dan teruslah menyokong pengkarya muzik tempatan.

Lagu ‘Topboi’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube FORCEPARKBOIS WORLDWIDE.

FORCEPARKBOIS Lancar Single Rap Berjudul TOPBOI, Kisah Tentang Kereta

Tajuk : TOPBOI

Artis : FORCEPARKBOIS

Penulis Lirik : FORCEPARKBOIS

Komposer : FORCEPARKBOIS

Terbitan : Warner Music Malaysia

(Nakalness)

Lightweight dengan brodies

Kerja berat semua clean 

Free bars buat craft

Set piece semua cheese 

Turun enjin kalau lu taknak beratur

Heavyweight kena gain

Bass hard pecah serato 

Kalau kau pekak lu takleh main

(Nakalness)

The boys we back at again

The force whip satu lane 

No choice lu kena expand

Make noise kau takleh complain

The bars we bend it again

No cars kalau takleh spend

Got Benz darker than my sins

Kalau heavy aku taknak explain

Topboi 

Sakit mata shine macam aku globoys

Topboi

Gua dekat bawah tapi feelin’ macam topboi 

(Noel )

Okay let’s zoom boom make it doom

Them haters don’t assume

Go shine cam warna chrome

Sorry tak sama room

Sound kau dah takde hmmm 

Kau layu takleh bloom

Takyah nak dekat cuz view ni kau dah tak boleh zoom

(Han Panas)

Pull up with the beamer

You getting dimmer 

Baru berapa meter 

They told me I’m a dreamer

Ku atas jalan raya lu kat kaki lima

They know it I got the eager

 Watak criminal lu tu typical

Takkan layan orang macam cannibal

Kenapa ku boleh je elevate?

Even tak pernah cukup empat element

(Asset.Bo)

Bending the flow 

Cam Avatar, yeah I’m with the bros

Bars tajam bilah kau berbelah-bahagi when aku go

When aku show yang aku boleh see future in my notes 

Steering the wheel

That’s for me but when for you 

Can you control?

Right now aku in control

Kau tak boleh troll 

Aku pun warrior cuma keyboard tu aku tekan kejar goal 

The money the hoes 

Sekarang kau nampak semua yang we sold

Start from the bottom belum lagi close  

Every second kita use untuk go because

(Ch1k)

My bois takleh duduk diam they on money dance

Semuanya dalam plan

Got all my shit kat dalam rank

Every work trip macam holiday

Easy work takyah complain 

Takde night shift semua dah change

Semua dah change we ubah scene we make it hot

Takyah nak berkira boy cuz we got a lot

Takde masa I don’t take time I take a shot

Berapa banyak on the spot?

Straight talk habis takde plot

(Nish)

When aku kat dalam track tukar gear macam foreman 

Takleh talk shit macam komen 

And takde kata macam slogan

And forsure takleh hit this guna shotgun

Atas highway lu da kena slash 

Belum 160 kau tu dah crash 

Now I’m in the game lu takleh complain

Takleh nak blame lu takleh nak switchin lane

(Laws)

How the f**k you sleep?

How the f**k you dream?

How the f**k you eat ?

When you eat only beef?

Imma take the risk

Let me flex on my wrist

Want eat my cheese?

Yeah

Got my dog on the leash

Yeah

Yeah

We f no bih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Raya Ernie Zakri ZAPIN LEBARAN Dirakam Dalam Tempoh Berpantang

Artis Rocketfuel Meriahkan Aidilfitri Tahun Ini Dengan Lagu ‘RAYA KITA RAYA’