in , ,

Apa Yang Menarik di Foodmarket – Gedung Satu Hentian Makanan Kampung

Cawangan sulung Foodmarket ini terletak di atas lokasi seluas 600 kaki persegi yang dihiasi dengan mural Istana Kenangan, Perak serta dihias cantik dengan konsep vintaj menggunakan tingkap-tingkap kayu lama dari Perlis.

Dalam memperkembangkan hasil perniagaan Bumiputera yang berasaskan makanan tempatan, gedung makanan kering Foodmarket nampaknya semakin aktif dalam memperbanyakkan lagi variasi berasaskan makanan tradisi Malaysia di premis berkenaan.

Sejak dibuka pada Oktober tahun lalu, Foodmarket telah berjaya menempatkan lebih 300 produk makanan daripada lebih 40 usahawan sekali gus menunjukkan perkembangan positif industri perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

Foodmarket

Antara produk makanan yang menjadi tarikan di Foodmarket ialah Bawang Goreng premium, lemang sushi sejuk beku, nasi dagang segera, kerepek ikan bersalut telur masin, pekasam daging dan banyak lagi. Foodmarket menawarkan lebih 50 jenis sambal, 12 jenis budu, 10 jenis Sambal Hitam Pahang, 8 jenis pekasam dan pelbagai aneka kerepek dan manisan tradisi yang pastinya membuatkan peminat makanan kampung menjadi rambang mata.

Pengarah Husam Waksa Sdn. Bhd. Anas Atarek Kamil berkata, Foodmarket diasaskan pada tahun 2016 melalui platform belian secara talian melalui lawan web www.foodmarket.com.my , melalui Kedai Foodmarket ini kami boleh menawarkan pengalaman yang lebih untuk pelanggan kami contohnya produk seperti sejuk beku dapat dijual dimana sebelum ini ada sekatan untuk produk sebegini di atas talian.

“Puding Raja yang menjadi makanan kegemaran daripada masyarakat Pantai Timur adalah antara produk istimewa di Foodmarket dan terkini kami menyediakan beberapa jenis kek dengan resepi unik yang hanya terdapat di Kedai Foodmarket”.

“Foodmarket hanya menawarkan produk yang unik dan sukar untuk didapati di kotaraya khususnya Kuala Lumpur dan usaha ini menjadi lebih menarik kerana kebanyakan produk yang dijual adalah diusahakan oleh orang kampung, suri rumah, ibu tunggal, asnaf zakat dan usahawan industri kecil yang seterusnya membantu untuk meningkatkan pendapatan seisi rumah mereka, atau dengan lebih mudah Foodmarket adalah perniagaan berasaskan keusahawanan sosial (social entrepreneurship),”

Lokasi pertama Foodmarket di Bandar Seri Permaisuri dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sementara itu, Pengurus Operasi Mohammad Khair Syahmy menambah mulai 1 Februari ini Foodmarket akan memperkenalkan pelbagai jenis kek istimewa seperti Kek Puding Raja Pahang, White Chocolate Cheese Cake, Jackfruit Cheese Cake, Malaysian Teh Tarik Cheese Cake dan banyak lagi. Kek berkenaan adalah hasil nukilan pakar pastri atau pembuat kek yang pernah menghasilkan pelbagai jenis kek untuk golongan DiRaja mahupun VVIP. Mereka adalah Mizie Roslan, Kunor dan Azah Nur.

Foodmarket

Bukan sekadar kek, malahan chef berkenaan juga turut meletakkan kuih-muih dan pastri ciptaan mereka yang kini boleh dinikmati oleh pelanggan Foodmarket.

Variasi produk makanan di Foodmarket dijual pada harga RM30 ke bawah yang juga boleh dibeli terus secara atas talian di laman web www.foodmarket.com.my dan juga Foodmarket bakal melancarkan aplikasi Foodmarket serta belian terus di laman Facebook tidak lama lagi.

“Kebanyakan produk yang ada di Foodmarket adalah hasil tangan suri rumah yang diusahakan secara kecil-kecilan dan ramai daripada mereka telah melalui transformasi dimana pihak kami membantu mereka untuk mempelajari asas-asas teknologi makanan secara skala kecil supaya ketahanan produk mereka boleh diperpanjangkan, proses memperbaiki label, rekabentuk dan aspek komersial. Kami gembira apabila melihat ada diantara mereka berkembang daripada mengusahakan di rumah dan kini sudah mempunyai bengkel kecil dan terpaksa menggunakan mesin kerana permintaan meningkat”.

“Ada juga diantara produk yang telah berjaya menembusi pasaran luar, menerusi premis kami di Jeddah, Arab Saudi,” kata Anas.

Cawangan sulung Foodmarket ini terletak di atas lokasi seluas 600 kaki persegi yang dihiasi dengan mural Istana Kenangan, Perak serta dihias cantik dengan konsep vintaj menggunakan tingkap-tingkap kayu lama dari Perlis.

Foodmarket bakal membuka sebuah lagi cawangannya di Denai Alam tidak lama lagi.

Info Foodmarket
Alamat: Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur.
No telefon: 019-666.4889
Email: [email protected]
Laman web: www.foodmarket.com.my
Instagram: @food.market
Facebook: www.facebook.com/foodmarket.my

Trivia Foodmarket
1. Cawangan pertama Foodmarkert di Bandar Seri Permasuri dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan.
2. Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal.
3. Pelanggan Foodmarket juga datang dari Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan juga Thailand.
4. Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia.
5. Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan.

#foodmarket
#foodmarketsiore
#pinkdurian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Tahun Baru Cina dengan Tawaran Istimewa AirAsia

Konsert Anuar Zain, BCL & Yuka di Planery Hall KLCC