Fraser & Neave Holdings Bhd (‘F&NHB’ atau ‘Kumpulan’), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”
F&NHB komited dalam menyampaikan “Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati” dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama. Tema ulang tahun, “Kisah Kita… Selamanya,” mengabadikan intipati tradisi yang berharga ini, di mana produk F&N telah menjadi pemangkin untuk menjalin hubungan mesra di kalangan orang tersayang.
“F&N berbesar hati untuk mendapat penghormatan sebagai sahabat teguh untuk semua generasi rakyat Malaysia. Dalam meraikan warisan kami, kami juga teruja dan bersemangat dalam mengembangkan era pertumbuhan dan transformasi yang lestari secara menyeluruh pada masa yang akan datang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB Lim Yew Hoe.
Kini, F&NHB boleh didapati di 89 negara dan akan terus mengembangkan perniagaannya melalui pemerolehan strategik dan meluaskan jejaknya merentasi rantaian nilai makanan dan minuman. Diperkukuhkan dengan integrasi produk Sri Nona dan Cocoaland baru-baru ini ke dalam portfolionya, sektor makanan Halal berbungkus merupakan tonggak pertumbuhan yang menggalakkan untuk F&NHB. Langkah ini membolehkan F&NHB memenuhi cita rasa yang pelbagai di kalangan masyarakat bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju pasaran.
Dalam meneruskan pertumbuhannya, komitmen utama kumpulan F&NHB tertumpu kepada kelestarian kerana ia membentuk landskap masa depan Malaysia.
Dalam menggariskan komitmen ini, Lim berkongsi bahawa kumpulannya sedang giat membangunkan ladang tenusu bersepadu terbesar di Malaysia, dengan seluas 2,726 hektar di Gemas, Negeri Sembilan, yang akan menghasilkan 100 juta liter susu segar setiap tahun dalam Fasa 1 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa, bagi memenuhi aspirasi F&NHB untuk membekalkan susu segar ke setiap rumah di Malaysia.
Selain ladang tenusu, rancangan F&NHB untuk menggabungkan tanaman makanan ternakan dalam ladang itu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap makanan ternakan hasil import. Ladang itu juga akan direka bentuk berdasarkan pertanian lestari, amalan ekonomi bulat dan teknologi hijau.
Sejak tahun 2020, F&N telah mengurangkan pergantungannya kepada bahan api fosil dengan memasang sistem fotovoltaik suria (PV), bumbung terbesar di Malaysia di kilangnya. Dengan 11,000 panel solar di kilang Shah Alam, tenaga solar yang dijana kini menyumbang lebih daripada separuh penggunaan elektrik untuk menghasilkan 100PLUS, minuman Isotonik No. 1 di Malaysia. Berikutan kejayaan ini, 100PLUS akan membawa lambang “Solar” dalam pembungkusannya.
Selain daripada tenaga boleh diperbaharui, F&N komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar dalam rantaian nilainya. Ini termasuk pelan hala tuju untuk menggunakan 100% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO menjelang 2025 dan mempertingkatkan pekeliling pembungkusan produknya. Untuk 2023, kumpulannya akan menggunakan 60% Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia piawaian RSPO dan 40% kredit RSPO.
Sementara itu, 25% daripada minuman dan pembungkusan tenusu diperoleh daripada bahan kitar semula. F&N juga terlibat dalam meningkatkan kesedaran kitar semula dalam kalangan murid sekolah melalui Program Kitar Semula Sekolah F&N dimana program tersebut melibatkan 1,300 sekolah di seluruh negara.
Dedikasi F&NHB terhadap kelestarian telah menempatkan F&NHB di kedudukan peratusan 1 teratas global dalam Supersektor Makanan dan Minuman bagi indeks FTSE4GOOD ESG dalam senarai Jun 2023 yang dikaji oleh Bursa Malaysia, bukti amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat.
“Kami mengambil penganugerahan ini dengan rasa bangga dan tanggungjawab untuk melakukan lebih baik lagi untuk generasi akan datang. Dalam mengembangkan pertumbuan yang menguntungkan, kami tetap sedar bahawa matlamat kami mesti dicapai dengan cara yang paling lestari,” kata Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail.
“Semua pencapaian masa lalu dan kemajuan masa depan hanya boleh dicapai dengan sokongan berterusan dari pelanggan kami selama ini. Kami teruja dalam memandang kearah masa depan untuk membina kepentingan bersama pemegang taruh kami dalam mewujudkan perniagaan, masyarakat, dan planet yang lebih baik bersama-sama dengan komuniti yang kami berbakti bersama,” tambah Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail.
Sambutan Ulang Tahun ke-140 F&N akan berlangsung dari 23hb hingga 27 Ogos 2023 dengan jerayawara khas di Oval Atrium, LG Concourse Level, di 1Utama Shopping Centre.
Para tetamu boleh mencipta kenangan bersama F&N melalui aktiviti menarik di ‘Pekan F&N’. Mereka juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga skuter Vespa edisi terhad di jerayawara Ulang Tahun ke-140 F&N.
Sambutan itu dirasmikan oleh Pengerusi F&NHB, Y.A.M. Tengku Syed Badarudin Jamalullail, En. Hui Choon Kit, Ketua Pegawai Eksekutif Fraser and Neave, Limited, bersama En. Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&NHB dan beberapa ahli Lembaga Pengarah F&NHB.
Turut hadir bersama ialah duta 100PLUS Datuk Wira Lee Chong Wei dan Dato’ Muhammad Azizulhasni bin Awang, yang menyertai sambutan ulang tahun itu bersama-sama tetamu di jerayawara.