Budiey rasa korang pun setuju kalau Budiey katakan bahawa telefon bimbit sekarang merupakan gadget paling popular dan paling TOP di dunia! Buktinya setiap orang ada telefon bimbit. Tak kiralah, dari golongan kanak-kanak hinggalah golongan dewasa. Budak-budak sekolah pun ada henset sekarang nih. Semuanya membimbit telefon mereka ke mana sahaja.
Jadi, wajarlah kalau kebanyakan laman web yang berbentuk perkhidmatan untuk kita ditukar bentuk khusus untuk pengguna telefon bimbit. Bukan apa, ini semua untuk kemudahan dan kesenangan pengguna jugak.
Malaysia Airlines (MAS) pun tak terkecuali. Baru-baru ini, mobile website flymas.mobi telah pun dilancarkan untuk kita semua. Jadi, sekarang bertambah senanglah nak booking tiket flight. Sangat senang!
Apa taknya, segalanya boleh dicapai di hujung jari. Nak tengok waktu penerbangan, berapa harga tambang atau nak tengok promosi terkini MAS pun dah boleh.
Yang senangnya tak kira di mana kita berada, asalkan kita ada kemudahan 3G atau WiFi atau senang kata ada internet, terus boleh layari flymas.mobi di henset. Pergh! Zaman dah bertambah maju!
Budiey rasa, ini satu inisiatif yang bagus dan tepat pada masanya di mana sekarang ini kebanyakan syarikat penerbangan masih menggunakan talian internet melalui laptop atau desktop, tapi MAS dah maju setapak lagi dengan menawarkan sistem booking dengan menggunakan TELEFON BIMBIT.
Okay, selepas mendapat tahu pasal berita baik ni, Budiey pun terus lah melayari flymas.mobi dengan menggunakan iPhone.
Pergh… bila tekan je url, dengan cepat sekali masuk ke laman web utama. Okay, bila dah klik laman web ni, nah, ini paparan pertama. Kiranya ini adalah HOME. Sangat basic.
Sekarang ni, Budiey nak cari tiket untuk balik ke Kota Bahru Kelantan. Saje je la, nak jenguk-jenguk orang kampung bersama dengan isteri. Last balik kampung pada hari raya haji.
Budiey pilih tarikh 23 Disember 2009. Nak pilih tarikh pun senang. Cuma scroll down aje. Senang sangat booking tiket pakai telefon bimbit nih.
Here we go. Bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru pada 25 Disember 2009 seramai 3 orang. Class Economy. Klik BOOK!
Selepas klik BOOK, paparan ni akan keluar. Iaitu semua jadual dan masa perjalanan dari KL ke KB pada hari 25 Disember tu. Murah aje. RM194 untuk seorang.
Budiey pilih untuk bertolak pada jam 15:05 iaitu jam 3.15 petang. Harganya, RM209 selepas dikira dengan tax dan fees. Jadi, kesemuanya, Budiey kena bayar RM627.00
Okay, siap. Bolehlah klik PURCHASE.
Kemudian, kita kena isi borang. Isi nama penuh, email, telefon bimbit dan nombor keahlian Enrich (jikalau ada).
Jangan lupa untuk isikan juga nama penumpang lain. Cuma isi nama penuh aje.
Dan untuk pembayaran, kita boleh gunakan kad kredit. Jangan risau, dengan flymas.mobi ni memang selamat. Tak payah nak ragu-ragu lagi. Sistem keselamatannya sangat ketat.
Nah.. senangkan? Mission accomplished! Dan sangat basic. Lagi pun dia boleh digunakan dengan menggunakan mana-mana model phone yang ada talian internet 3G atau guna Wifi.
APA KELEBIHAN flymas.mobi?
Kelebihannya? Memang banyak! Terlalu banyak sampai tak terkira banyaknya. Features flymas.mobi yang Budiey paling suka ialah prosesnya tak sampai 5 minit. Memang cepat sangat! Mesra pengguna orang kata.
Untuk booking flight, just isi kat mana kita nak pergi dan bila. Kemudian, kita kena isi satu form pembeliam. Hanya isi nama, email, nombor telefon dan number keahlian Enrich. Itu sahaja. Then bayar menggunakan kad kredit.
Korang tak reti atau tak faham dalam Bahasa Inggeris? Mmm… jangan risau, flymas.mobi ada dwi bahasa. Maknanya dalam bahasa Melayu pun boleh.
Masih tak faham dengan cara atau segala macam persoalan? Klik aje kat FAQ kat bawah sekali tu. Jadi, sebarang masalah dan pertanyaan akan terjawab kat situ.
Eh, satu lagi yang tak kurang pentingnya, korang tau tak, kita boleh share dengan kawan-kawan kita itinerary atau jadual penerbangan kita dengan menggunakan social networking sites macam email, Facebook, twitter dan sebagainya. Mmm.. menarik kan?
Okay… senang aje, Budiey dah cuba share itinerary kat Facebook.
Budiey sangat excited bila dapat tahu, MAS menyediakan ‘perkongsian’ maklumat penerbangan dengan kawan serta famili kita.
Ianya sangat mudah bagi setiap pengguna. Semasa membuat tempahan melalui flymas.mobi, anda boleh klik ke menu ‘SHARE YOUR ITINERARY’ yang terletak di bahagian bawah details booking.
Dengan klik di SHARE YOUR ITINERARY tu, pengguna boleh pilih samada nak share maklumat tentang booking tu melalui Facebook, Dopplr atau Tripit.
Rasa excited sangat, Budiey rasa nak mencuba untuk share maklumat penerbangan Budiey ini melalui Facebook.
Klik aje kat SHARE ITINERARY.
Satu paparan akan keluar, kita kena pilih samada nak share kat Facebook, Tripit dan Dopplr.
Kemudian, kena login Facebook dengan menggunakan akaun dan password sendiri.
Yeay! Sukses!
NAK MENANG TIKET KE SYDNEY ATAU MELBOURNE?
Tahun depan, pasti ada yang nak bercuti. Jadi, apa kata, cuba layari flymas.mobi untuk book tiket anda sekarang.
Nak terbang dengan MAS secara PERCUMA? Ha, ada caranya, serta peraduan yang dianjurkan oleh MAS ini. Ini khusus untuk semua penulis blog seluruh Malaysia. – It’s so easy as 1,2,3!
Macamana nak menang tu?
Okay senang sahaja. Korang kena tulis satu entry. Dalam entri tu, korang kena cakap sikit mengapa laman web mobile MAS yang baru ini sangat mudah untuk digunakan. Tajuk entri tersebut mestilah : flymas.mobi – as easy as 1,2,3!
Kemudian, emailkan blog link anda itu besertakan dengan nama penuh, email, dan nombor telefon bimbit kepada [email protected]
Korang takde blog? Mmm… okay, boleh jugak nak tulis tapi kenalah menghantarkannya kepada: http://www.malaysiaairlinesblog.com/flymasmobi/index2.php dan letakkannya di Living Malaysian Hospitality blog. Senang kan?
Okay kita tengok hadiah yang menanti anda semua!
Hadiah Pertama
2 X tiket ekonomi pergi balik ke Sydney/Melbourne
Hadiah Ke-2
2 X tiket ekonomi pergi balik ke mana-mana destinasi di ASIA Tengggara.
Tempat Ke-3
X tiket ekonomi pergi balik ke mana-mana destinasi di Malaysia.
Peraduan ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sahaja dan contest akan berlangsung dari sekarang hingga 30 Disember 2009.
Hantarkan entry anda itu secepat mungkin. Yang penting, kasi kreatif sikit.
Selamat mencuba!
Anda ada telefon bimbit. Yes Of course! Jadi, apa kata, cuba layari sekarang flymas.mobi di telefon bimbit anda sekarang!