in , ,

Flamin’ Fish N Chips Pertama di Malaysia Ada di The Manhattan FISH MARKET 

Api membara di Manhattan FISH MARKET! Bahang terasa dengan keenakan ‘Feel Da Flame’, menu ciptaan baharu yang menampilkan kehangatan membara, hidangan sampingan yang lazat, dan promosi kombo yang tidak boleh dilepaskan.

Kini tiba dengan kempen baharu Feel Da’ Flame, The Manhattan FISH MARKET menghangatkan lagi suasana dan mengangkat keriangan rasa ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan tagline-nya “Seafood Like Never Before” dengan menu Flamin’ Fish N Chips pertama di Malaysia.

Menu ini memperkenalkan ciptaan hidangan fish n’ chips klasik yang pasti menggugah selera para pelanggan, dihidang dengan cara yang serba baharu.

Sajian popular Fish and Chips, kini bukan lagi sekadar hidangan biasa. Ia telah melalui evolusi, kini dengan ‘persembahan’ sajian hangat membara, sekaligus menjadikan pengalaman pelanggan ke tahap yang lebih tinggi.

Mempersembahkan filet ikan yang empuk disajikan dengan api menyala, ia menaikkan lagi keenakan semula jadi untuk pengalaman rasa yang berani. Bukan sahaja pelanggan dapat menikmati pengalaman makan yang kian berevolusi, malah dapat merasai cara baharu untuk menjamu selera. 

Setiap suap menjanjikan gabungan tekstur dan rasa yang mengasyikkan, mengangkat hidangan ini sebagai ciptaan kulinari penuh berseni.

Selain itu, hidangan ini turut digandingkan dengan kentang goreng waffle yang rangup, pilihan popular dari pelbagai hidangan sampingan lazat The Manhattan FISH MARKET.

The Manhattan FISH MARKET Feel Da'Flame Food Presentation - Group Photo 3

“Kami telah mengolah pengalaman Fish N’ Chips signature kami dan menawarkan rasa yang baharu melalui persembahan sajian dengan api membara, istimewa di The Manhattan FISH MARKET. Agar pelanggan bukan sahaja dapat menikmati pengalaman rasa, tetapi juga tahap persembahan sajian yang terbaik dari kami.

Kami sentiasa berusaha dalam meneroka kemungkinan dan melangkaui jangkaan, dan inilah yang kami tawarkan melalui Fish n’ Chips kegemaran sepanjang zaman kami dengan menu Feel Da’ Flame yang serba baharu.

Kami ingin menawarkan kepada pelanggan setia kami sesuatu yang baharu yang boleh membuat mereka teruja apabila datang berkunjung. Manakala buat pelanggan baharu pula, keunikan hidangan ini akan membuatkan mereka kembali lagi untuk mencuba pelbagai pilihan hidangan lazat lain yang kami tawarkan,”

– Shaik Ali Fikri Bajunid, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn. Bhd.

Pelbagai Pilihan untuk Semua

Menu Feel Da’ Flame menawarkan tiga pilihan hidangan ikan yang berbeza:

Flamin' FNC Dory
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS DORY

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS DORY

Ciptaan berapi ini akan membuat anda terliur sebelum anda sempat menjamahnya. Nikmati fillet ikan yang empuk, disentuh api menyala untuk rasa yang lebih mantap, kentang goreng waffle yang rangup disajikan di atasnya. Gandingan dua sejoli yang membawakan kerangupan dan kelembutan dalam setiap gigitan.

The Manhattan FISH MARKET Feel Da' Flame Food Presentation

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS CHERRY SNAPPER

Potongan fillet ikan snapper yang lembut mejadi tarikan utama, dicelup dalam adunan signature kami dan digoreng rangup keemasan. Hidangan ini tiba di sisi meja makan dengan sajian api menyala yang menambah keenakan aroma asap pada hidangan ikan. Disajikan bersama kentang goreng waffle yang dirempah dengan sempurna.

Flamin' FNC Cherry Snapper
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS CHERRY SNAPPER

FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCK

Flamin’ Fish ‘N Chips Alaskan Pollock adalah pilihan yang sempurna jika anda menginginkan sesuatu yang lebih lembut tetapi rangup di luar. Hidangan ini menampilkan potongan filet ikan Alaskan Pollock yang berserat dan putih yang dicelup dalam adunan signature kami dan dimasak hingga rangup sempurna. Kehangatan sebenar adalah apabila hidangan ini dibakar dengan api menyala, menambah keenakan aroma asap kepada hidangan ikan ini.

Flamin' FNC Alaskan Pollock - Spicy
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCK

Makan bersama rakan dan keluarga? Jadikannya set hidangan kombo dengan dua pilihan set kombo Feel Da’ Flame kami:

Flamin' FNC Alaskan Pollock
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCK

FLAMIN’ TWOSOME

Flamin’ Twosome menghidangkan sajian Flamin’ Fish ‘N Chips Dory dan Scallop Fish Chicken (kekupang yang dicelup sendiri dengan adunan istimewa, jejari ikan, ayam panggang, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih) yang sempurna untuk dua orang. Set ini juga disertakan dengan dua hidangan Sup Cendawan kami dan pilihan minuman yang menyegarkan, Coca-Cola atau Iced Peach Tea.

FLAME-TASTIC FOUR

Selain Flamin’ Fish ‘N Chips Dory, para pelanggan juga dapat menikmati hidangan popular Small Flames kami yang menampilkan ikan dory panggang dengan sos herba bawang putih, udang berapi Manhattan, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih. Set kombo ini juga termasuk Olio Udang Pedas dan Ayam Goreng Lada Hitam. Semua ini disajikan dengan empat hidangan Sup Cendawan dan pilihan minuman anda, Coca-Cola atau Iced Peach Tea.

Kedua-dua set kombo menawarkan pilihan untuk menaik taraf minuman kepada Fizzy Floats, Lemongrass Cooler, Gummy Bear, Cala Cala, dan Brooklyn Sunset dengan caj tambahan.

Menu Feel Da’ Flame yang Baharu ini ada ditawarkan untuk makan di restoran, dibawa pulang, dan penghantaran dengan harga bermula dari RM33.90 hingga RM149.90. Ia hanya boleh didapati terhad dari 27 Mei hingga 31 Julai 2024 sahaja – jadi jangan lepaskan peluang ini!

Segera dapatkan di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET. Kunjungi cawangan terdekat anda di www.manhattanfishmarket.com

Instagram: @mfmmy

Facebook: The Manhattan FISH MARKET

#MFMMY 

#MFMWithYou 

#TheManhattanFISHMARKET

The Manhattan FISH MARKET - Chef's Flamin' Presentation
The Manhattan FISH MARKET - Chef demonstrates how to flame a dish
The Manhattan FISH MARKET - Guests Flame a dish

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TB AlHijrah Lancar Buku Catatan Tadabur Quran@114 di PBAKL 2024

CASETiFY Lancar Tiga Kolaborasi Yang Buat Peminat Rasa Teruja