Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar memuat naik tiga keping foto memaparkan dia bersama isterinya yang berasal dari Sarawak itu lengkap mengenakan busana pengantin serba putih.
Menerusi ruangan kapsyen, pelakon berusia 36 tahun itu menulis dalam loghat Sarawak iaitu ‘Kamek sayang kitak’ yang bermaksud ‘Saya sayang awak’ berserta emoji hati berwarna merah selain tanda pagar #tilljannah dan #FizoFazeera.
Selain menerima hampir 35,000 tanda suka, posting tersebut sekali gus dihujani ucapan tahniah rakan artis dan pengikutnya yang tumpang gembira atas pernikahan tersebut.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan mendoakan hubungan pasangan berkenaan agar kekal bahagia hingga ke syurga.
Menoktahkan semua persoalan ramai, aktor Fizo Omar akhirnya berkongsi foto isteri tercintanya, Fazeera Nazri Azrai , 25, dalam satu hantaran Instagram hari ini.
Menerusi hantaran yang dinanti-nanti ramai tersebut, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu memuat naik tiga keping foto dia dan isteri lengkap berpakaian serba putih pada majlis pernikahan mereka semalam.
Tidak disertakan sebarang maklumat lanjut mengenai pernikahannya, Fizo, 36, hanya meninggalkan kapsyen istimewa buat isteri tercinta yang berasal dari Kuching, Sarawak itu.
“Kamek sayang kitak (saya sayang awak dalam dialek Sarawak),” tulis pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu.
Dalam ruangan komen, rata-rata netizen termasuk beberapa selebriti tanah air mengucapkan selamat pengantin baru buat Fizo dan isteri.
Malah, ada juga yang tidak henti-henti memuji kejelitaan Fazeera yang juga merupakan seorang bekas pramugari itu.
“Kacak bini kitak, tahniah kitak dua (cantik isteri awak, tahniah buat anda berdua),” ucap seorang netizen.
Semalam, dia meninggalkan 1,001 tanda tanya selepas memuat naik foto berbaju Melayu berwarna putih dalam satu entri Instagram dengan kapsyen gurauan telah meninggalkan kumpulan duda dalam kalangan beberapa selebritri tanah air.
Mengesahkan hal tersebut, pengurusnya, Mimi memberitahu Fizo selamat bernikah dengan Fazeera dalam sebuah majlis ringkas di sebuah pusat peranginan, Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Bagaimanapun, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu tidak berkongsi lebih lanjut mengenai gerangan wanita berusia 25 tahun itu yang berjaya menambat hatinya setelah dua tahun menduda.
Terdahulu, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Sehari Selepas Diijabkabulkan, Fizo Omar Dedah Isu Membabitkan Isterinya
Baru-baru ini, netizen digemparkan dengan status perkahwinan pelakon tanah air, Fizo Omar yang hangat diperkatakan ramai orang.
Hantaran itu termasuklah gambarnya yang lengkap memakai baju Melayu bewarna putih disamping anak tunggalnya, Wan Maryam.
Bagaimanapun, persoalan itu akhirnya terjawab apabila Fizo telah berkahwin dengan seorang wanita kelahiran Sarawak, Fazeera Nazri Azrai di sebuah majlis tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi daripada netizen serta rakan artis yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah serta mendoakan perkahwinanya itu.
Fizo Omar berang, individu guna nama isterinya buat akaun palsu
Selepas pengumuman perkhabaran gembira itu, dilihat pelakon berusia 36 tahun itu sedang giat memuat naik semula ucapan tahniah rakan-rakannya melalui Insta Story.
Namun, melalui salah satu perkongsian itu, Fizo Omar juga turut tampil mendedahkan beberapa akaun Instagram palsu yang menggunakan wajah isterinya.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol bin Wan Omar telah memuat naik tangkap layar mengenai akaun Instagram palsu isterinya itu yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Selain itu, terdapat juga beberapa akaun Instagram palsu yang menyatakan bahawa media sosial itu adalah asli milik isteri Fizo selain memuat naik gambar mengenai perkahwinan mereka.
Bertindak dengan perkara itu, pelakon itu juga meminta agar netizen tidak mengikuti akaun yang tidak diketahui pemiliknya.
Ini bukan Instagram rasmi isteri saya. Berhenti mengikuti individu yang entah siapa.
Selain itu, Fizo juga turut memberikan amaran kepada pemilik-pemilik akaun tersebut agar berhentikan menggunakan nama orang lain bagi kepentingan peribadi.