Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, insiden itu berlaku ketika dia ingin menepis bola yang datang ke arahnya dengan laju.
Tamat sahaja permainan, penyampai radio berusia 32 tahun itu mula berasa panik apabila melihat jari manis kirinya menjadi lembik.
Fizi alami kecederaan ketika bermain bola sepak.
“Baru nak mula aktif semula main bola sepak… dah cedera pula. Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.
“Nak jadikan cerita, saya tepis bola yang sangat laju dan masa itu dengar la macam bunyi patah. Tapi saya teruskan main.
“Bila dah habis main, saya buka glove… barulah nampak jari manis jadi lembik. Tak boleh bergerak atas dan bawah,” katanya kepada mStar.
Dua hari lalu, saya ada main bola sepak dan jadi penjaga gol.
Sebelum ini, bekas suami kepada aktres Shakilla Khoriri itu berkongsi foto memperlihatkan jari manisnya mengalami kecederaan.
Berkongsi mengenai detik cemas itu, Fizi memberitahu dia terus bergegas ke hospital dan doktor mengesahkan urat jarinya sudah terputus.
Kata Fizi lagi, buat masa ini doktor mahu cuba merawat secara semula jadi dengan memakaikan sarung untuk menyokong keadaan jarinya.
“Memang panik la… saya terus ke hospital dan masa itu doktor kata ada kemungkinan sama ada urut pergerakan jari putus atau urut putus dan tulang patah.
“Kalau urut putus dan tulang patah itu memang bahaya. Kena terus operation. Alhamdulillah, selepas lakukan X-ray, hanya urat saja putus.
“Doktor kata nak cuba rawat cara semula jadi. Mungkin dalam enam minggu macam itu kena pakai sarung support jari,” ujarnya.