Fizi bakal menjaga anaknya, Ameena Sofia selama empat hari selepas mencapai persetujuan bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri.
“Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena selama empat hari setelah tiga bulan tidak berjumpa,” katanya.
Sementara itu, Fizi berkata Shakilla tidak meletakkan sebarang syarat untuk bertemu dengan Ameena dalam tempoh berkenaan dan kebenaran berjumpa juga adalah atas budi bicara.
“Perjumpaan empat hari ini adalah permintaan saya, memang tak dapat lagi nak ambil dia (sepenuhnya). Atas budi bicara peguam juga. Tiada syarat diletakkan bekas isteri,” katanya.