Tujuan utama kempen dianjurkan adalah untuk mencari bakat baharu sebagai penyampai radio atau gandingan baru untuk Fizi Ali di segmen Hot Squad yang keudara pada sebelah petang di Hot FM.
Program Fizi Cari Jodoh ini telah pun bermula pada 8 Januari lalu, di mana orang ramai tidak kira latar belakang, sama ada selebriti, ahli sukan serta influencer boleh turut serta menghantarkan penyertaan mereka kerana ia terbuka kepada orang ramai.
Platform media sosial seperti Instagram dan TikTok digunakan sebagai saluran untuk orang ramai menghantarkan penyertaan mereka, mereka perlu memuat naik demo video duet mereka bersama penyampai radio Hot FM Fizi Ali serta mereka juga perlu tag Hot FM di Instagram (@hotfm976) dan TikTok (@hotfm976_), dan sertakan perlu meletakkan akaun media sosial mereka dalam keadaan tatapan umum.
Hanya 16 orang peserta yang dipilih daripada penyertaan keseluruhan dan hanya 6 orang peserta sahaja yang telah dipilih untuk ke pusingan akhir. 6 orang peserta ini telah melalui pelbagai cabaran antaranya berkudara bersama Fizi Ali di segmen Hot Squad, menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kelas harian bersama Fizi Ali serta penyampai radio Hot FM yang lain, tugasan membuat Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) dan serta konten digital. Mereka dinilai berdasarkan 2 pecahan markah iaitu 30% undian orang ramai dan 70% daripada penyampai radio Hot Squad, Fizi Ali dan pihak pengurusan Hot FM.
Setelah hampir lima minggu Program Fizi Cari Jodoh DJ ni berlangsung. Hari ini 5 Februari 2023 telah sampai ke kemuncaknya dimana salah seorang daripada mereka iaitu Aisha Mazlin telah dinobatkan sebagai ‘Jodoh’ yang dicari bagi Fizi Cari Jodoh DJ dan bakal berganding bersama Fizi Ali di segmen Hot Squad. Aisha bersama 6 lagi finalis iaitu Asha Faudzi, Affiq, AG Hafiz, Aleya Lee dan Nisa Kay telah berentap di pusingan akhir Fizi Cari Jodoh DJ pada hari ini yang berlangsung di The Paddock, PJ. Mereka telah diberikan tugasan terakhir pada hari ini iaitu dengan menjadi host untuk acara pusingan akhir ini. Selain daripada itu juga, mereka juga dikehendaki untuk menemu bual finalist Anugerah Juara Lagu 37.
Disamping itu penyampai radio Hot FM, ‘’Fizi Ali berkata kesemua peserta telah menunjukkan usaha serta prestasi yang cukup memberangsangkan. Saya amat berterima kasih kepada kesemua peserta yang telah menghantarkan penyertaan mereka untuk Fizi Cari Jodoh DJ ini. Menang atau kalah itu adat pertandingan. Saya harap yang tidak berjaya pada malam ini akan terus sukses dengan apa jua jalan yang mereka pilih.Â
Aisha telah berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 serta kontrak selama setahun bersama Hot FM. Selain daripada itu, acara akhir Fizi Cari Jodoh DJ ini juga telah berkolaborasi bersama Anugerah Juara Lagu 37 dimana pada acara akhir Fizi Cari Jodoh DJ ini telah di namakan sebagai Hot FM Fizi Cari Jodoh DJ X Showcase Anugerah Juara LAgu 37. Turut memeriahkan acara pada malam ini adalah finalis-finalisAnugerah Juara Lagu 37 seperti Alif Satar & The Locos, Shiha Zikir serta Noki & MK.
Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, “Shah Hayatudin berkata tahniah kepada Aisha Mazlin dan selamat datang ke keluarga Hot FM! Setiap daripada mereka yang menyertai program yang berjaya ini mempunyai bakat dan kemahiran yang sangat luar biasa. Hot FM akan terus berusaha untuk mengembangkan bakat baru dan terima kasih kepada setiap orang yang telah menyertai program Fizi Cari Jodoh DJ ini. Duo terbaharu Fizi Ali dan Aisha Mazlin ini akan menjadi salah satu gandingan yang terbaik untuk pendengar Hot FM diluar sana. Teruskan mendengar Hot FM sepanjang hari serta nantikan kempen-kempen yang menarik di Hot FM.
Hot FM boleh didengarkan menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.