Melihatkan komen yang dibuat oleh pelakon itu, Ustaz Abu Syafiq telah memberi beberapa teguran terhadap Sharnaaz Ahmad.
Ulas Video Sharnaaz Yang Pernah Tular Dulu
Akui Ustaz Abu, dia baru sahaja mengetahui tentang video makian yang dibuat oleh Sharnaaz. Ujarnya dia menganggap pelakon tersebut mempunyai salah faham terhadapnya sehingga menyebabkan dia memaki dan mengugutnya.
“First saya baru sahaja diberikan video makian Sharnaaz Ahmad terhadap diri saya. Pelbagai makian dan ugutan diluahkan olehnya terhadap diri saya secara salah”, tulisnya di Instagram.
Tambah Ustaz Abu, dia tidak mahu membangkitkan isu tersebut memandangkan ianya video lama tetapi dia menegaskan ada berlaku salah faham yang tidak diselesaikan.
Akui Tidak Pernah Halang ‘Kerja’ Ebit Lew
Dedahnya dia tidak menghalang Ebit Lew daripada melakukan kerja-kerja membantu rakyat Malaysia. Malah dia juga tidak pernah melabel Ebit sebagai seorang yang riak atau tidak ikhlas dalam pekerjaannya.
Ustaz Abu juga berkata spekulasi yang timbul itu disebabkan oleh fitnah yang dibuat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Ujarnya dia juga telah memfailkan beberapa saman di Mahkamah dan laporan polis.
Minta Sharnaaz Peka Dengan Fitnah
Selain itu, Ustaz Abu juga mendedahkan fitnah yang bertebaran boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tetapi tindakan boleh diambil pada mereka yang termakan dengan fitnah dan terus melakukan ugutan.
“Saya dengan ini memohon agar saudara @sharnaazahmad memahami fitnah boleh berlaku keatas sesiapa sahaja sehingga mungkin tindakan boleh diambil keatas sesiapa yang termakan fitnah dan melakukan ugutan.
*Sumber: Murai