Fitbit Lancar Aplikasi Fitstar Personal Trainer Yang Direka Semula Untuk Membantu Anda Bersenam Dengan Lebih Bijak Menggunakan Senaman Yang Disarankan Berdasarkan Aktiviti Fitbit
Jurulatih-Jurulatih Baru, Lebih Banyak/Penambahan Jenis Senaman Dan Muzik Khas Yang Memberikan Lebih Kesesuaian Dan Motivasi Untuk Membantu Anda Mencapai Sasaran Dengan Lebih Cepat
Fitstar™ by Fitbit hari ini melancarkan satu pengalaman aplikasi terbaru yang membantu anda mencapai sasaran kecergasan melalui senaman peribadi yang dipertingkatkan dan perjalanan senaman yang mengikut panduan. Aplikasi Fitstar Personal Trainer ini menampilkan pelbagai senaman dan saranan yang disesuaikan berdasarkan aktiviti Fitstar dan Fitbit® anda. Panduan dan latihan yang lebih mantap akan membantu anda bersenam dengan lebih bijak dan memanfaatkan ekosistem Fitbit sepenuhnya. Selain itu, anda juga boleh memilih jurulatih-jurulatih baru, penambahan jenis senaman, muzik khas, dan wajah baru aplikasi ini yang memberikan lebih inspirasi.
Fitstar Personal Trainer membolehkan anda bersenam pada bila-bila masa, di mana sahaja, sama ada di rumah atau ketika sibuk dengan video senaman mudah suai yang berubah mengikut peningkatan anda. Aplikasi ini menggunakan maklum balas anda sendiri untuk memastikan setiap rutin dibangunkan berdasarkan tahap kecergasan dan disesuaikan mengikut kekuatan dan stamina anda. Fitstar Personal Trainer menampilkan empat program senaman komprehensif dengan beratus-ratus gerakan serta beberapa dozen sesi “Freestyle” seperti “10-Minute Abs” dan “Traveler 10”, yang merupakan cara yang menarik untuk mempelbagaikan rutin kecergasan anda dan mendapatkan hasil yang sebenar. Malah, data Fitstar menunjukkan bahawa senaman-senaman ini memang berkesan; 85% pengguna Fitstar Personal Trainer untuk sekurang-kurangnya lima sesi menyatakan kekuatan mereka bertambah .
Buat pertama kalinya, Fitstar akan memberikan pilihan senaman yang disarankan berdasarkan aktiviti-aktiviti anda yang dikesan dengan peralatan Fitbit dan menghantarnya terus ke aplikasi Fitbit dan Fitstar Personal Trainer anda. Pengguna Fitbit akan dapat melihat senaman-senaman ini pada tab “Guidance” baru yang akan dimuatkan di dalam aplikasi Fitbit, dan pengguna Fitstar akan dapat melihatnya di bahagian senaman yang disarankan pada papan pemuka mereka. Dengan ciri ini, jika pengguna berlari sejauh lima batu dengan memakai peralatan Fitbit, Fitstar mungkin menyarankan sesi Fitstar Personal Trainer khas yang merehatkan bahagian kaki dan menumpukan kepada bahagian perut dan lengan. Semua pengguna, sama ada yang dikesan atau tidak aktiviti mereka dengan peralatan Fitbit, akan menerima saranan senaman pada kedua-dua aplikasi berdasarkan sesi-sesi yang dilakukan oleh orang lain yang mempunyai demografik yang serupa.
“Sejak menyertai keluarga Fitbit pada 2014, kami telah mengetahui bahawa gabungan peralatan yang boleh dipakai dan video senaman kami yang dinamik akan menghasilkan program-program kecergasan yang lebih efektif dan relevan,” kata Mike Maser, Pengasas Bersama dan Naib Presiden Fitstar by Fitbit. “Aplikasi Fitstar Personal Trainer yang direka semula ini mengambil langkah terbaru dalam merealisasikan visi ini. Sebagai contoh, dengan menyesuaikan aktiviti-aktiviti anda yang dikesan oleh Fitbit dengan rangkaian kandungan Fitstar yang luas, kami memberikan panduan yang lebih bijak untuk membolehkan pengguna mensasarkan kumpulan otot yang khusus untuk mencapai sasaran mereka dengan lebih cepat.”
Pengalaman aplikasi Fitstar Personal Trainer yang direka semula merangkumi:
• Senaman yang disarankan: Fitstar akan menyarankan jenis senaman berdasarkan aktiviti harian anda yang dikesan dengan peralatan Fitbit pada tab “Guidance”, memberikan anda panduan kecergasan yang khusus untuk membantu anda mencapai sasaran dengan lebih baik.
• Dua jurulatih peribadi bertauliah: Pilih di antara Adrian dan Lea yang akan membimbing perjalanan kecergasan anda. Anda boleh memilih jurulatih yang memberi lebih motivasi kepada anda dan menukar di antara keduanya apabila anda mahu.
• Radio Fitstar: Sesuaikan muzik senaman anda dengan Radio Fitstar yang menawarkan beberapa stesen muzik popular dari Pop ke Hip Hop untuk memberi semangat ketika bersenam.
• Wajah dan gaya baru: Wajah dan gaya baru yang direka semula memberikan pengalaman senaman yang segar dan bersemangat yang boleh dilihat melalui pelbagai format, dari telefon bimbit hingga TV definisi tinggi yang terkini.
• Lebih banyak jenis gerakan /senaman: Penambahan koleksi senaman baru untuk jenis senaman yang menggunakan berat badan dan kardio bagi setiap tahap kecergasan, dan lebih banyak lagi akan ditambah.
Ketersediaan
Fitstar Personal Trainer boleh didapati di seluruh dunia sekarang dalam Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis dan Sepanyol. Aplikasi ini boleh diakses dengan Wi-Fi melalui peralatan iOS, telefon Android, dan dalam talian; ia juga berfungsi dengan Chromecast dan Airplay.
• Fitstar Personal Trainer Premium memberi akses tanpa had kepada senaman-senaman yang disesuaikan dan keseluruhan katalog Freestyle dengan RM34.90/sebulan atau RM167.90/setahun.
• Fitstar Personal Trainer Basic memberi akses kepada dua sesi khusus “Get Moving” setiap minggu dan beberapa senaman Freestyle secara percuma.
• Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play, serta boleh diakses dalam talian.
Fitbit di CES® 2017
Fitbit menyediakan gerai pameran di CES untuk melihat aplikasi Fitstar by Fitbit yang baru dan alami keseluruhan platform Fitbit yang menampilkan hubungan produk-produk kesihatan dan kecergasan yang membantu berjuta-juta pengguna mencapai sasaran kesihatan dan kecergasan mereka – Tech West: Sands Expo di The Venetian, Tingkat 2, #44006.
Fitbit juga hari ini mengumumkan peningkatan yang dibuat pada platform kesihatan dan kecergasannya, dan semalam Fitbit telah mengumumkan kerjasama terkininya dengan Habit, Peloton dan VirZOOM sebagai sebahagian daripada program Works With Fitbit®; dapatkan semua siaran akhbar dan muat turun gambar-gambarnya di www.fitbit.com/press. Untuk maklumat lanjut mengenai Fitbit, sila layari www.fitbit.com dan www.fitstar.com.
Mengenai Fitbit, Inc. (NYSE: FIT)
Fitbit membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif dengan memberikan data, inspirasi dan panduan untuk mencapai sasaran mereka. Sebagai peneraju dalam kategori kesihatan dan kecergasan yang sentiasa berhubung, Fitbit mencipta pelbagai produk dan pengalaman yang mengesan aktiviti kesihatan dan kecergasan setiap hari. Rangkaian produk-produk Fitbit yang luas dan telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Fitbit Surge®, Fitbit Blaze™, Fitbit Charge 2™, Fitbit Charge HR™, Alta™, Fitbit Charge™, Fitbit Flex 2™, Fitbit Flex®, Fitbit One® dan pengesan aktiviti Fitbit Zip®, serta Penimbang Pintar Wi-Fi Aria®. Produk-produk Fitbit dijual di 54,000 kedai dan 64 negara di seluruh dunia. Fitbit Group Health menggunakan keupayaan pengesan aktiviti, perisian, dan perkhidmatan Fitbit untuk memberikan pelbagai penyelesaian inovatif untuk kesejahteraan korporat, pengurusan berat badan, insurans dan kajian klinikal. Fitstar by Fitbit menawarkan platform kesihatan dan kecergasan digital dan menggalakkan pengguna bersenam pada bila-bila masa, di mana sahaja dan mempunyai rekod lebih 6.8 juta muat turun dalam aplikasi Fitstar Personal Trainer dan Fitstar Yoga, dan boleh didapati di 155 negara.
Fitbit dan logo Fitbit adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Fitbit, Inc. di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Tanda-tanda dagangan Fitbit yang lain boleh didapati di www.fitbit.com/legal/trademark-list. Tanda-tanda dagangan pihak ketiga adalah hak pemilik masing-masing.
Berhubung dengan Fitbit di Facebook, Instagram atau Twitter dan kongsi pengalaman anda. Berhubung dengan Fitstar keluaran by Fitbit di Facebook dan Twitter.