in , ,

Ini Cara Untukk Menyertai Ujibakat Mencari Peserta Program Realiti FIT FOR ACTION

Anda mempunyai kemahiran seni bela diri dan berminat untuk berlakon? Ayuh, jangan melepaskan peluang menyertai uji bakat FIT FOR ACTION yang sedang berlangsung di platform media sosial sekarang!

FIT FOR ACTION merupakan program realiti terbaharu TV3 dan akan disiarkan pada bulan Ogos tidak lama lagi. Program realiti ini bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 12 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan. Mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam filem aksi terbitan Grand Brilliance.

Jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen, apa lagi? Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini. 

FIT FOR ACTION

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun. Muat naik video lakonan anda sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 30 Mei 2021.

Sila pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum. Pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Debat Dengan Artis Israel di IG Live, Caprice Tenang & Profesional, Israel KOYAK TERUK!

tony fernandes airasia-2020

BigPay Dipilih untuk Program eBelia & Pengguna Boleh Menuntut Kredit RM150