Fisherman’s Friend, salah satu jenama lozeng paling popular di dunia, terus berpegang kepada objektifnya untuk mendekati pengguna baru dan pengguna sedia ada dengan melantik selebriti tempatan Afdlin Shauki sebagai dutanya.
Afdlin Shauki adalah seorang seniman yang berbakat besar dan diiktiraf kerana pelbagai peranannya dalam industri hiburan – sebagai penulis, pengarah, pelakon pentas dan filem, penyanyi, penerbit filem dan televisyen, dan pengacara. Sinergi antara jenama penghibur serba boleh ini jelas terbukti di tayangan perdana filem terbaru Afdlin, ‘Los dan Faun’ di Cathay Cineleisure di mana Fisherman’s Friend adalah penaja utama.
Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, berkata, “Kami gembira dengan kesediaan Afdlin Shauki untuk menjadi duta jenama kami kerana beliau adalah seorang selebriti Malaysia yang bukan sahaja diminati oleh anak muda, tetapi juga mereka yang berhati muda. Lebih penting lagi, ia mencerminkan komitmen kami untuk menarik lebih ramai pengguna baru.â€
“Untuk kekal di barisan depan persekitaran yang sentiasa berubah dan kompetitif; kami percaya bahawa adalah penting bagi kami memahami keperluan dan minat pengguna yang menjadi sasaran kami. Kerana itu, kami percaya bahawa penajaan ‘Los dan Faun’ adalah satu langkah ke arah yang positif untuk meningkatkan kesedaran terhahap keunikan produk kami. Justeru, kami benar-benar berharap agar pemeteraian perjanjian duta jenama pada malam ini akan menandakan permulaan hubungan yang panjang dan bermanfaat antara Fisherman’s Friend dan Afdlin Shauki.â€
‘Los dan Faun’ adalah filem komedi yang mencuit hati, menggabungkan nama terkenal dalam industri filem tempatan dengan jalan cerita yang pasti menyeronokkan penonton dan memberi mereka pengalaman menonton yang sukar dilupakan..
Afdlin Shauki sekali memperlihatkan bakat serba bolehnya sebagai pengarah dan pelakon. Pelakon lain seperti Hans Isaac, Erra Fazira, AC Mizal, Stephen Rahman Hughes, Ida Nerina dan Adlin Aman Ramlie hadir sama untuk memeriahkan tayangan perdana.
Sebelum tayangan perdana, peraduan dalam talian telah dianjurkan untuk membolehkan peminat memenangi tiket dan mendapat peluang bertemu dan berbual mesra dengan Afdlin Shauki. Selain sesi soal jawab, turut diadakan upacara penyampaian hadiah kepada tiga pemenang hadiah utama peraduan ‘Kuatnya’ anjuran Fisherman Friend’s, disusuli sesi menandatangani autograf yang sangat dinantikan oleh peminat.
Mohan Alagappar menjelaskan, “Peminat Afdlin Shauki pasti seronok dengan berita bahawa Fisherman’s akan menganjurkan pertandingan mencari bakat dari bulan Januari hingga Februar 2009. Pemenang peraduan ini akan dipilih untuk berlakon dalam filem Afdlin Shauki yang seterusnya. Kami yakin, ini akan menggalakkan pelakon yang berbakat menunjukkan kebolehan kreatif mereka.â€
Lozeng Fisherman’s Friend sudah sekian lama memainkan peranan penting dalam melegakan batuk dan selesema, sejak dari zaman pengasasnya, James Lofthouse, memperkenalkannya kepada masyarakat nelayan di Fleetwood pada 1865.
Kini, Fisherman’s Friend sudah berusia 143 tahun dan masih dihasilkan dengan caranya yang tidak ditelan zaman. Paling penting sekali, Fisherman’s Friend adalah jenama terkenal dalam kategori gula-gula sakit tekak.
Produk Fisherman’s Friend diedarkan di Malaysia secara eksklusif oleh GBA Corporation Sdn Bhd. Pilihan perasanya termasuk Original, Aniseed, Mint, Sugar Free Original, Sugar Free Mint, Sugar Free Lemon, Sugar Free Apple & Cinnamon, dan Sugar Free Mandarin & Ginger.
Baru-baru ini, Fisherman’s Friend juga telah memperkenalkan rangkaian gula-gula getah yang boleh didapati dalam dua varian, iaitu pudina dan mentol kayu putih. Jadi, jika anda ingin merasai sensasi kedinginan yang tahun lama, dapatkan gula-gula getah Fisherman’s Friend kerana ia tanpa gula dan tidak menyebabkan kereputan gigi.
Fisherman’s Friend diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd, yang kini menguruskan 32 jenama dengan kerjasama rakan niaga dari seluruh dunia. Daripada jumlah itu, 15 adalah pemimpin jenama dalam kategori masing-masing. Antara jenama terkenal ini termasuk Fisherman’s Friend, Evian, Loacker, Provite, Volvic, Lea & Perrins, HP Sauce, San Remo, Chivers, Davidoff Cafe, Kikkoman, Tabasco, Marmite, Bovril, McCormick Herbs and Spices, Pillsbury, Betty Crocker dan Green Giant.