Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew. Difahamkan, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.
Terbaru, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew.
Menurut Firdaus, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mangsa untuk memberi kesedaran kepada masyarakat serta menggalakkan mereka yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan polis.
Firdaus turut berkongsikan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan seks di hadapan satu sama lain.
Dalam pada itu, Firdaus berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang. Jelasnya lagi, mangsa-mangsa telah pun membuat laporan polis.
“Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%.
“Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.
“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis” tulisnya.
– Firdaus Wong
Sejauh manakah kebenaran berita ini. Kita kena tunggu siasatan yang telus dari pihak berkuasa.
Sumber: Murai
Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Dalam Video Lucah Memang Ebit Lew?
Baru-baru ini kontroversi itu kecoh kembali apabila ada pengguna Twitter mendakwa ada bukti bahawa lelaki di dalam video berkenaan ada pendakwah tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, pengguna berkenaan turut memuat naik video ditujukan khas buat penyokong pendakwah berkenaan yang mengatakan ianya adalah fitnah.
Dalam entri lain, pengguna itu turut memuat naik beberapa paparan skrin laporan polis dibuat oleh mangsa terhadap pendakwah terkenal itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran di sebalik dakwaan oleh netizen berkenaan. Apa pun lebih baik pihak berkuasa melakukan tugas mereka.
Siasatan Kes Gangguan Seksual Dikaitkan Dengan Ebit Lew Masih Diteruskan
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan masih dijalankan selepas polis mengambil keterangan mangsa yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual.
“Kita masih teruskan siasatan lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan satu perbualan gangguan seksual yang didakwa membabitkan mangsa.
Beliau mendakwa itu antara beberapa hantaran mesej WhatsApp yang dilihat sendiri dari telefon bimbit mangsa.
“Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis.
“Perkongsian bukti-bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran ramai serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Walaupun Menerima Kecaman, Ustaz Ebit Lew Kongsi Rasa Gembira Dapat ‘Dating’ Dengan Isteri
Meskipun menerima kecaman bertubi-tubi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tetap memberikan perkongsian aktivitinya bersama isteri.
Dapat ‘Dating’ Sambil Beli Barang
Menerusi laman Twitter, pendakwah ini meluahkan rasa gembiranya dapat ‘dating’ bersama isterinya ketika membeli barang di Elewsmart.
“Best dating sambil beli barang di Elewsmart. Bidadari ambil 1. Saya tambah 2. Bidadari kenapa ambil 1. Sebab taknak susahkan suami.
Suami ambil banyak-banyak semua sebab nak bidadari senyum. Senyumannya bidadari kebahagiaan suami. Ubat hadiah Allah. Penyejuk hati.”-Ustaz Ebit Lew
“Terima Kasih Bidadariku”-Ustaz Ebit Lew
Beliau turut berterima kasih buat isterinya yang sentiasa tersenyum dan membesarkan Allah pada anak-anak.
“Terima kasih bidadariku sentiasa tersenyum dan memuji Allah sentiasa. Membesarkan Allah pada anak-anak dan buat Ta’lim rumah. Bila kita besarkan Allah dalam percakapan hati jadi tenang. Letak akhirat di depan.
REDHA ALLAH matlamat hidup kita pasti bahaga…tiada yang boleh beri rasa bahagia selain Allah. Lailaha ilallah. Hidup hanya nak sukakan Allah.”-Ustaz Ebit Lew
Cerita pasal Ustaz Ebit Lew kembali menjadi perhatian setelah heboh seorang pengguna laman Twitter yang berkongsi pautan Telegram yang membongkarkan kisah pendakwah terkenal tersebut.
Kita doakan yang baik-baik sahaja ya. Harap Dapat selesaikan dengan cepat.
Firdaus Wong Dedah Bukti Mesej Lucah Didakwa Pendakwah Terkenal
SEJAK beberapa bulan lalu, Firdaus Wong Wai Hung menerusi platform media sosial miliknya sering kali berkongsi mengenai isu pemangsa seksual bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen seolah-olah Firdaus Wong yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai populariti dan jumlah pengikut yang ramai.
Pelbagai kata cacian diterima, namun demi mahu menegakkan kebenaran, pendakwah terkenal itu tetap berpegang pada prinsipnya.
Semalam, buat pertama kali Firdaus Wong tampil mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual individu yang mendakwa sebagai seorang pendakwah terkenal.
Semua bukti tersebut didedahkan Firdaus Wong menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya.
Menurut Firdaus Wong, mangsa berkenaan telah menghantar tangkap layar kiriman WhatsApp dan Instagram kepadanya meminta untuk berkongsi bukti tersebut untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Pada masa sama, beliau berkata, mangsa itu juga memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.
Katanya, mangsa tersebut juga telah membuat laporan polis dengan kesemua bukti berkenaan turut diserahkan untuk disiasat pihak berkuasa.
“Setelah berbincang dengan sekumpulan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka memberikan keizinan kerana semua perkongsian ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan juga undang-undang.
“Buat pengetahuan sahabat semua, kesemua mesej ini saya telah lihat dengan mata saya sendiri daripada WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.
“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan,” jelas beliau dalam satu hantaran di saluran Telegram itu.
Mengulas lanjut, Firdaus Wong menegaskan telah bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman.
Kata beliau, pihaknya tetap bersama dengan semua mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan.
Beliau menegaskan tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar dengan segala bukti telah disiapkan.
“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.
“Setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di media sosial tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang, tiada masalah, kami bersabar.
“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” jelas beliau.
Firdaus Wong memaklumkan, pihaknya akan terus membantu mangsa untuk keluar daripada masalah itu dan mendapatkan keadilan.
“Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.
“Bak kata Kamal Affandi Hashim, “kita bukan nak kurangkan pemangsa seksual tetapi kita nak kurangkan jumlah orang daripada menjadi mangsa”.
“Yang pernah menjadi mangsa mana-mana pemangsa seksual, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing dan Insya-Allah kami akan membantu anda semampu dengan percuma untuk mendapatkan keadilan,” katanya.
Sumber: UtusanTV
Pendapat PU Syed Tentang Isu Ebit Lew
Pendedahan demi pendedahan ” yg berani” telah dibuat terhadap UEL..maka ambe minta UEL agar tampil kehadapan dgn menafikan atau menyaman mereka yg ente anggap telah memfitnah ente..walaupun kes ini masih dlm siasatan polis, namun masyarakat khasnya followers ente perlu diberi pencerahan setuntasnya..isu “panas” yg sedang terpalit ini. Kaedah fiqh menyebut :البينة على المدعي واليمين على من أنكر
Bukti bagi yg mendakwa dan sumpah bagi yg engkar (menafikan) dakwaan.Namun janganlah memahami kaedah ini dgn menyatakan hanya dgn bersumpah selesai..sebab sebagai org yg beriman, jika kita lolos spt sajat ke Thailand dgn berselidung disebalik sumpah di dunia..di akhirat belum tentu kita akan semudah di dunia utk mendpatkan kabel di akhirat sana..
Ada beberapa video yg ambe dpt..dari hamba Allah namun ambe terus padamnya serta memadam no orang menyalurkan video tersebut kerana masih bersangka baik bahawa ianya adalah “penipuan”..namun bila ramai para asatizah muncul mendakwa perkara yg serupa dan disokong dgn laporan² polis yg telah dibuat oleh “mangsa”, maka sangka baik ambe semakin mengendur dan ambe berharap isu ini dapat diadili dgn sebaiknya serta..membongkar kisah sebenarnya..biarlah kita diadili di dunia, jangan nanti di akhirat kita akan merana.
Pintu dan ruang taubat masih terbuka luas buat kita semua..namun kemaksiatan dan kebiadaban perlu dibanteras agar tidak menular dlm kalangan masyarakat, apatah lagi jika muncul dari orang yg dihormati oleh masyarakat.
Setiap kebaikan pasti akan dikenang, namun janganlah menggunakan kebaikan utk menutupi kesalahan² yg dilakukan.Taasub pengikut juga adalah satu barah, taasub kpd kebaikan suatu yg dipuji syarak tetapi jika taasub secara melulu sehingga tidak nampak langsung buruk yg sedang ditampal adalah suatu yg mendukacitakan..PU Syed