Bermula dengan kerja belakang tabir, pelakon Firdaus Nadxaman kini bergelar produser filem menerusi produksi miliknya, Guam TeamWork Sdn Bhd.
Menurut Firdaus, filem Langsuir adalah projek filem sulung terbitan produksinya dengan kerjasama Nuansa Films. Filem yang mendapat sentuhan sutradara terkenal Osman Ali itu menyaksikan gandingan mantap Syafik Kyle dan Hannah Delisha.
Firdaus berkata, selaku produser, dia tertarik mengetengahkan genre seram romantik dan sedikit sentuhan komedi dalam filem Langsuir.
“Saya sudah terbabit dengan kerja belakang tabir sejak berusia 18 tahun. Langsuir adalah projek pertama saya selaku penerbit eksekutif kerana sebelum ini syarikat lebih kepada bisnes pembinaan dan hartanah.
“Projek filem ini tidak akan berjaya tanpa keyakinan dan hubungan baik saya dengan Abang Osman selama ini,†katanya.
Menurut Firdaus, barisan pelakon berguru dengan pelakon dan pengarah Ellie Suriaty sebelum penggambaran bermula.
“Saya serahkan 100 peratus kepada Osman untuk mengarah filem ini dan berpuas hati dengan hasil kerja pasukannya. Penggambaran yang berlangsung di Pulau Langkawi, Kedah sudah pun selesai,†katanya.
Sementara itu, Firdaus mula serius berlakon sejak tiga tahun lalu.
Antaranya, dia menjayakan watak kecil dalam filem arahan Osman Ali seperti Jiwa Taiko, Sejoli, Langit Cinta, Pinjamkan Hati, Jwanita dan Sinaran.
Terbaru, Firdaus diberi kepercayaan oleh Osman untuk melakonkan watak antagonis iaitu Zaman dalam filem Langsuir.
“Zaman anak orang kaya yang suka mempermainkan perasaan wanita. Pantang nampak perempuan cantik dia pasti cuba dapatkan. Watak ini mencabar lebih-lebih lagi ada babak merogol langsuir di kawasan belukar.
“Saya gugup dan risau melakukan babak itu tapi dengan bantuan pengarah serta heroin, ia berjaya dilakonkan sebaik mungkin,†katanya.
Bagaimapun, kata Firdaus, dia berharap projek filem sulungnya itu akan mendapat sambutan di pawagam nanti.
“Cerita ini ada kekuatan tersendiri untuk menarik penonton ke panggung,†katanya.
Filem Langsuir akan mula menjengah pawagam seluruh tanah air pada tahun ini.
Mengakhiri temubual, Firdaus turut memberitahu yang drama lakonannya Melakonlia bersiaran di TV3 menerusi slot Samarinda. Ia diterajui Nonny Nadirah dan Aliff Aziz.
“Ikutkan saya lebih selesa berlakon watak pembantu untuk drama. Kalau jadi hero drama itu komitmen tinggi. Macam berlakon drama Melankolia ini pun diterima kerana pengarahnya kawan saya. Malah pembantu pengarahnya pun abang kandung saya sendiri. Jadi tawaran macam ini, kalau saya boleh selit.
“Tapi kalau ada peluang pada masa depan, saya teringin jadi hero tak kisahlah sekalipun di bawah produksi sendiri. Itu antara impian saya. Insya-Allah selepas filem Langsuir, produksi sedang merangka naskhah layar perak bergenre aksi pula.
“Selain itu tumpuan saya kepada bidang perniagaan dan rumah inap juga tak dilupakan,†katanya.
info
* Mula bekerja belakang tabir sejak usia awal 19 tahun
* Pernah menjadi pembantu peribadi kepada Aaron Aziz selama tiga tahun sejak usia 20 hingga 23 tahun
* Berusia 29 tahun