Dalam dunia yang semakin bertumpuan mudah alih, akses kepada maklumat segera kini lebih kritikal. Teknologi mudah alih terus memudahkan kehidupan dengan menghubungkan kita dengan maklumat yang diingini, di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa.
Maxis Permudahkan Dengan Findit, Perkhidmatan Direktori Digital Terbesar Di Malaysia
Akses kepada maklumat tersebut boleh didapati menerusi FINDIT, perkhidmatan direktori digital yang terbesar di negara. FINDIT merupakan satu kerjasama antara FINDIT Malaysia dan Maxis Berhad, penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia.
Di satu acara demonstrasi produk yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini untuk pihak media, T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, berkata:
“Mencari maklumat pada peranti mudah alih adalah aktiviti internet kedua paling popular selain e-mel, dimana 46% daripada pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka sebagai alat carian utama. Oleh itu, FINDIT adalah perkhidmatan yang relevan dengan gaya hidup moden kita, terutamanya apabila kita sentiasa dalam perjalanan. Pentingnya, perkhidmatan ini meletakkan kuasa di tangan pelanggan kami dan membolehkan mereka untuk sentiasa berhubung.”
– T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis
Bagi para pengguna, FINDIT menyediakan akses kepada maklumat bagi 175,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, termasuk peta lokasi dan arah memandu, secara langsung dari telefon mudah alih mereka. Pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi istimewa dari pelbagai peniaga yang disenaraikan dalam direktori tersebut, yang boleh ditebus dengan segera.
Pengguna mempunyai akses kepada lebih 175,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, di mana sahaja. Perniagaan boleh berhubung dan menjangkau pasaran yang luas dengan mempromosikan produk, perkhidmatan dan tawaran mereka.
Tersedia untuk muat turun melalui aplikasi mudah alih, laman web, portal WAP bagi kedua-dua pengguna Android dan iOS. Pelanggan Maxis dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma. FINDIT boleh dimuat turun dan diguna secara percuma bagi semua pelanggan Maxis.
Bagi syarikat-syarikat perniagaan, FINDIT berfungsi sebagai alat yang penting untuk membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan kepada pasaran yang lebih luas, dan memanfaatkan platform mudah alih yang popular untuk berhubung dengan para pelanggan mereka sendiri. Dengan menggunakan ciri berasaskan-lokasi FINDIT, para pengguna boleh mencari produk dan perkhidmatan yang paling dekat dengan lokasi mereka.
Dalam menekankan kepentingan FINDIT sebagai platform mudah alih untuk segmen perusahaan, Abraham Foss, Ketua Perniagaan Perusahaan Maxis berkata:
“FINDIT menunjukkan bagaimana kita boleh memudahkan kehidupan dan mencipta cara-cara baru untuk bekerja bagi segmen perniagaan. Dalam persekitaran perniagaan yang semakin dipacu oleh penggunaan mudah alih, FINDIT membolehkan mereka untuk menjangkau pasaran yang lebih luas dan menubuhkan kehadiran yang lebih besar dengan hanya menyenaraikan perniagaan mereka di direktori dengan maklumat asas secara percuma, dengan pilihan untuk meningkatkan profil mereka dengan kandungan yang lebih kaya seperti gambar, koordinat GPS dan banyak lagi. Ini adalah satu platform yang sangat baik bagi mereka untuk mempromosikan perkhidmatan dan memanfaatkan ciri-ciri FINDIT yang unik serta asas pelanggan Maxis yang besar.”
FINDIT Malaysia dikuasakan dan diuruskan dengan kerjasama GETIT Transnational (P) Ltd – sebuah anak syarikat penyedia perkhidmatan carian tempatan terkemuka di India. “Kami gembira untuk bekerjasama dengan Maxis dan membawa pengalaman global kami kepada pasaran Malaysia dengan carian mudah alih dan penyelesaian iklaneka yang canggih. FINDIT bertujuan untuk memperkasakan pengguna dan perniagaan Malaysia dan menjadi platform pilihan bagi mereka untuk berhubung dengan mudah,”
– Sidharth Gupta, Pengarah Eksekutif, GETIT Transnational (P) Ltd.
FINDIT juga telah bekerjasama dengan Maybank, yang akan bersama-sama mempromosikan perkhidmatan FINDIT kepada pedagang mereka, dan juga Malaysian Retail Chains Association (MRCA), yang akan menjalankan promosi bersama dengan FINDIT dan ahli-ahlinya.
FINDIT boleh didapati secara percuma melalui pelbagai platform: Dengan memuat turun aplikasi FINDIT di kedua-dua sistem Android dan iOS, masing-masing daripada Google Play dan App Store; melalui laman mudah alih di m.findit.com.my atau laman web di www.findit.com.my. FINDIT juga boleh didapati secara eksklusif untuk pelanggan Maxis menerusi UMB dengan mendail *200# dari telefon mudah alih mereka.
Peraduan: Menangi iPhone 5S/Samsung Note 3
Dalam bulan Mac, anda berpeluang memenangi iPhone 5S/Samsung Note 3 dari FINDIT Malaysia, senang caranya, hanya muat turun app percuma sebelum 31 Mac. Good luck, guys!