PENGUMUMAN SENARAI PENDEK CALON AIM18
14 September 2011, Kuala Lumpur – Lima calon terbaik untuk setiap kategori yang dipertandingkan di edisi ke-18 Anugerah Industri Muzik (AIM18) diumumkan hari ini oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
VIDEO AIM18
Sejumlah 75 calon yang disenaraipendekkan telah diumumkan, setelah melalui proses penghakiman yang diaudit oleh Ernst & Young. Dengan pengurangan jumlah kategori anugerah dari 29 tahun lepas ke 19 tahun ini, jumlah keseluruhan pencalonan mengalami sedikit penurunan ke 811 berbanding dengan 927 tahun lepas.
Hos Sidang Media AIM18 – Ray & Ira
“Walaupun kategori berkurangan, jumlah pencalonan AIM tahun ini masih amat menggalakkan dan mengemukakan cabaran baru untuk para hakim,†kata En Rosmin Hashim, Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM18. Beliau turut mengulas lebih lanjut bahawa proses penghakiman dijalankan oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) yang menyelia sebuah panel pakar bebas dari industri hiburan.
Disamping mengumumkan lima calon terbaik untuk setiap kategori, beliau juga mengatakan bahawa nama-nama hakim yang terlibat dalam penghakiman kesemua nominasi AIM 18 akan turut disiarkan untuk pengetahuan umum. Datuk Ramli MS, antara penyusun muzik terulung di rantau ini, akan meneruskan peranan beliau sebagai Ketua Hakim AIM seperti tahun lepas.
Berikutan keputusan sebulat suara panel hakim, kategori Lagu Hip Hop Terbaik dimansuhkan tahun ini kerana kekurangan penyertaan yang menepati kriteria, membawa kepada pengurangan jumlah keseluruhan kategori dari 19 ke 18.
“Memandangkan bagaimana muzik telah menjadi amat penting kepada pengguna telefon bimbit, Celcom memperkenalkan sebuah kategori baru yang dikenali sebagai “Mobile Artiste of the Year Award†untuk memberi pengiktirafan kepada artis yang mendapat jumlah muat turun mobil tertinggi, termasuk pembaharuan, untuk Call Me Tones,†kata En Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad. %0