Barisan pemenang Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama dan kedua kembali membuat penonton tidak kering gusi dalam rancangan terbaru TV3, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang dianggotai oleh, Achey (juara BMB), Abam & Fad (Bocik), Ammar & Issey (Titan), Izzu & Pian (Kepoh – juara BMB 2), Arriff & Kamal (Sumbu), dan Chiwan & Achok (Chilok).
FINALIS BINTANG MENCARI BINTANG KEMBALI BERENTAP
RM10,000 Dipertaruhkan Setiap Minggu
Qu Puteh Bintang Bersama Bintang merupakan rancangan realiti hiburan terbaharu terbitan TV3 dan akan menemui penonton secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada setiap Ahad, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam.
Rancangan realiti ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pamoga Qu Puteh selaku penaja utama. Untuk meraikannya, satu majlis pengumuman Pamoga Qu Puteh sebagai penyeri rancangan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang telah diadakan pada petang ini.
Majlis tersebut dihadiri oleh Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman; Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar; Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Seelan Paul; Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin dan Pengurus Besar Kumpulan Khidmat Pelanggan, Puan Nini Yusof.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin “Penghasilan sebuah program realiti bukannya mudah kerana citarasa setiap penonton berbeza. Oleh itu, Qu Puteh Bintang Bersama Bintang ini menggabungkan dua genre program realiti iaitu nyanyian dan lawak. Dipancarkan bersama Pamoga Qu Puteh, program ini berkonsepkan pertandingan yang mengambil kira lawak dan nyanyian peserta. Dengan penggabungan dua genre pertandingan ini, kami yakin bahawa program ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga ketika bersantai di hujung minggu.”
Menurut Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman “Kekuatan tidak datang dari kemampuan, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah dan tidak kenal erti lelah. Begitu juga harapan saya kepada peserta-peserta Qu Puteh Bintang Bersama Bintang supaya mereka dapat bersungguh-sungguh dan yakin akan kebolehan serta bakat yang dimiliki. Sedar atau tidak, anak-anak tempatan kita masih memiliki bakat-bakat semulajadi yang boleh dicungkil, diasah dan diketengahkan dalam program-program seperti ini.
Sejajar dengan ‘tagline’ Pamoga Qu Puteh, ‘Berikan peluang kedua untuk kulit anda, Pamoga Qu Puteh menaja program ini untuk memberi peluang atau saluran untuk anak-anak muda tempatan mengetengahkan bakat yang ada dalam diri mereka. Saya sentiasa berdoa agar industri hiburan Malaysia akan lebih maju, lebih kreatif dan lebih berdaya saing dengan adanya penampilan Pamoga Qu Puteh yang bakal mencetuskan fenomena luar biasa serta menggamatkan lagi program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang …. Coming together is a beginning; keeping together is a progress; working together is success.”
Rancangan ini turut diceriakan oleh dua pengacara berpengalaman iatu AG Hot FM dan Yana Samsudin. Pada masa yang sama, rancangan ini juga turut mempunyai pengacara disebalik tabir yang dikendalikan oleh Fizie Hot FM.
Qu Puteh Bintang Bersama Bintang dilihat menarik kerana sepanjang 10 episod disiarkan, tiada penyingkiran akan diadakan. Ini membuatkannya berbeza daripada rancangan realiti yang ada di tanah air. Lebih mengujakan, wang tunai sebanyak RM 10,000 akan diberikan kepada Juara Mingguan sebagai pembakar semangat mereka untuk terus berentap hingga ke Konsert Akhir Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Di konsert akhir itu, para peserta akan berentap untuk merebut hadiah utama berjumlah RM50,000.
Antara tugasan yang akan diberikan kepada setiap kumpulan ialah mempersembahkan sebuah sketsa komedi selama empat minit dan nyanyian selama dua minit mengikut tema yang diberikan. Persembahan mereka akan dinilai sebanyak 50% oleh dua juri jemputan dan Pengasas Vida Beauty, YBhg. Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman, selaku Juri Tetap, serta 50% daripada penonton melalui undian SMS.
Penonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang boleh mengundi peserta kegemaran mereka dengan menaip BBB untuk satu undian atau BBB5 untuk lima undian diikuti dan hantar ke 33399 seperti berikut:
ACHEY
BOCIK
TITAN
SUMBU
KEPOH
CHILOK
Setiap satu undian akan dikenakan caj sebanyak RM 0.50. Contohnya BBB ACHEY atau BBB5 BOCIK dan hantar ke 33399.
Penonton juga boleh menilai persembahan para peserta melalui skala dalam talian di www.tv3.com.my/qpbbb. Selain itu, para penonton dialu-alukan untuk menyuarakan sebarang pendapat tentang persembahan peserta, serta memuat naik pelbagai gambar lawak dan selfie berserta #QuBintang sebagai penglibatan mereka untuk menyemarakkan lagi semangat Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.
Ikuti Konsert Mingguan Qu Puteh Bintang Bersama Bintang yang disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad bermula 12 April 2015 jam 9.00 hingga 10.30 malam serta ikuti perkembangan persiapan mereka dalam Spy Qu Puteh Bintang Bersama Bintang pada setiap hari Ahad, jam 6.00 petang. Penonton juga boleh menonton siaran ulangan setiap Jumaat jam 10.00 pagi di TV3 dan portal video tonton.com.my (www.tonton.com.my).
Mengenai TV3
Sejak diperkenalkan pada tahun 1984, TV3 sentiasa relevan dan memberi nilai kepada penontonnya menerusi pelbagai program yang merangkumi berita dan isu semasa, kemasyarakatan, keagamaan, majalah dan dokumentari, hiburan, sukan dan drama. Terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen TV Premium Mass Malay, TV3 telah menyediakan pelbagai kempen dan program TV yang menarik untuk penonton setianya sepanjang tahun 2014 dalam meraikan ulang tahunnya yang ke 30.
Mengenai Vida Beauty
Sejak ditubuhkan pada 1998, VIDA BEAUTY masih lagi bertahan dalam pasaran tempatan sehingga kini dan merupakan antara syarikat bumiputera yang tertua di Malaysia dalam menghasilkan produk-produk kesihatan tradisional dan kosmetik yang berkualiti. Sehingga kini, Vida Beauty sudah menghasilkan lebih dari seratus(100) produk kesihatan yang berkualiti dan masih mendapat permintaan yang amat memberangsangkan.
Jus PAMOGA merupakan antara produk kesihatan pertama yang dihasilkan oleh VIDA BEAUTY yang mempunyai kesan yang luarbiasa yang mampu mengatasi penyakit – penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Sehingga kini Jus Pamoga masih lagi gah bertahan dipasaran tempatan selama bertahun-tahun dan kredibilitinya masih lagi mampu bersaing dengan produk kesihatan tempatan dan luar negara yang berada dipasaran.
Vida Beauty sentiasa peka dengan keperluan dan kehendak pelanggan memgikut aliran semasa. Selepas kejayaan Jus Pamoga, Vida Beauty sekali lagi memberanikan diri untuk menghasilkan produk minuman kesihatan yang mampu memenuhi keperluan pengguna-pengguna di Malaysia terutamanya kaum wanita yang ingin tampil cantik, putih, sihat dan lebih berkeyakinan. Pada tahun 2013, Vida Beauty telah menghasilkan lagi satu produk dibawah rangkaian jenama Qu Puteh Beauty. Setelah tiga (3) bulan dilancarkan, permintaan produk minuman Qu Puteh semakin meningkat dan sering menjadi sebutan para wanita di Malaysia yang menginginkan kulit yang cantik, gebu serta mulus. Bagi melengkapkan rangkaian produk Qu Puteh Beauty (untuk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki); Set Kosmetik Qu Puteh, losyen ‘Slim Gebu’, dan Stemcell Coffee dihasilkan.
Sejajar dengan perkembangan produk-produk Vida Beauty, Vida Beauty kini sudah mempunyai empat puluh (40) cawangan diseluruh Malaysia dan disokong oleh hampir dua ratus (200) kakitangan. Selain itu, Vida Beauty juga mempunyai puluhan pengedar bagi pasaran tempatan dan luar negara (Indonesia, Singapura dan Brunei). Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.facebook.com/vidabeauty.hq.