Menurut Alif Muhaimin, dia kagum dengan kejayaan yang diperolehi Fattah dan berharap agar suatu hari nanti dia akan diberikan peluang untuk bergandingan dengan pelakon drama bersiri Coffee Prince itu.
“Saya rasa tidak salah menjadikan Fattah sebagai idola kerana dia seorang selebriti yang pandai membawa diri ke tahap lebih bagus.
– Alif Muhaimin
“Walaupun menerima pelbagai kecaman, dia tetap positif untuk memajukan diri dengan pelbagai perubahan yang dilakukan daripada segi mutu lakonan sehingga meraih anugerah.
“Dia juga merupakan seseorang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara dan bijak mencari peluang yang ada.
“Saya juga sedia dikritik jika ada orang yang mempertikaikan kenapa saya memilih Fattah sebagai idola dan saya mahu mengambil apa yang terjadi pada dirinya sebagai panduan untuk memperolehi kejayaan kelak,”
Alif berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman program Hero Remaja yang diadakan di Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.
Untuk mengetahui perkembangan terbaharu mengenai para finalis Hero Remaja, jangan lupa saksikan rancangan Hero Remaja 2017, setiap hari Khamis pada pukul 9 malam, di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).