in

Final DiGi The Next Level NTV7

SIAPAKAH YANG BAKAL MEMENANGI RM50 RIBU?

Saat mengetahui siapa yang bakal juara dalam rancangan realiti ntv7, DiGi The Next Level, semakin dekat!

Siapa antara lapan peserta bertuah DiGi The Next Level akan dinobat juara? Peserta yang terdiri daripada jurutera, ketua belia, pemilik bengkel, pereka grafik, pemasaran eksekutif IT, pemilik perniagaan IT, usahawan korset, dan penjual basikal telah pun berjuang dalam sembilan episod yang lepas untuk mengasah bakat keusahawanan mereka.

DiGi Invite_01

DiGi The Next Level ialah sebuah program realiti 10 episod berkonsepkan keusahawanan tajaan syarikat telekomunikasi DiGi yang ke udara di stesen pilihan urban, ntv7, setiap Rabu pada jam 8.30 malam.

Hanya seorang sahaja akan memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 untuk memulakan perniagaan idamannya bersama dengan sokongan daripada DiGi selama 12 bulan. Peringkat akhir rancangan ini akan disiarkan pada 8hb September, 8.30 malam secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Undian SMS adalah terbuka dari sekarang, jadi penonton-penonton boleh mengundi peserta kegemaran mereka dari sekarang sehingga 8hb September, 9.20 malam.

Mohd Razi Mohd Yusoff, 28; Cham Chen Siang alias Daniel, 29; Ong Tou, 34; Suren Haris Anwar, 30; Kuah Kok Kheng, 27; Tan Yee Mei alias Jazz, 20; Chan Yuen Fong alias Norman, 26; dan Chloe Mok, 23, telah bertungkus-lumus mengatasi cabaran mingguan yang meliputi tema seperti inovasi, perhubungan awam dan pemasaran serta kemahiran berkomunikasi.

Konsep rancangan ini unik kerana tidak mempunyai elemen penyingkiran sehingga ke peringkat akhir maka kesemua peserta berpeluang mempelajari pelbagai aspek perniagaan. Dalam persaingan sengit untuk mengumpul markah tertinggi hinggalah ke pusingan terakhir, perselisihan faham diakibatkan personaliti yang berlainan acap kali menambahkan lagi elemen drama dalam rancangan sepuluh episod ini.

Pada tahap ini peserta yang menduduki tangga pertama adalah usahawan korset Chloe Mok dan peminat acara larian Suren Harris Anwar diikuti oleh eksekutif pemasaran Kheng, jurutera Radzi, eksekutif IT Daniel, ketua belia Jazz, mekanik Norman, dan pereka grafik Ong Tou.

Untuk cabaran terakhir, peserta-peserta akan membentangkan kertas kerja berasaskan semua pengalaman dan latihan yang diperolehi daripada kesemua cabaran sebelumnya. Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi pada akhir rancangan akan diisytiharkan pemenang. Sistem pemarkahan terdiri daripada 60% dari kesemua cabaran sebelumnya, 30% dari cabaran akhir dan 10% dari pengundian SMS.

Dua panel juri DiGi The Next Level yang utama ialah pakar pemasaran belia, Khailee Ng, yang juga merupakan salah seorang pengasas Youth Asia, dan Ketua Pemasaran segmen Perusahaan DiGi, Dzulkifly Aminuddin. Manakala, pengacara untuk rancangan ini ialah hos dan pelakon popular Hansen Lee.

Sebelum ini kesemua peserta telah menerima nasihat serta pendedahan dalam bidang perniagaan yang berharga daripada para juri yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing.

Juri jemputan untuk cabaran terakhir ini ialah personaliti TV Kassandra Kassim dan Ketua Pemasaran Perkhidmatan DiGi, Sulin Lau. Penghibur hip hop popular, Mizz Nina, akan turut mempersembahkan lagu-lagu hitnya disertakan tarian hip hop ketika siaran langsung ini. Undian SMS juga sudah terbuka kepada semua penonton sehingga 8hb September, 9.20 pm dengan caj RM0.50 setiap SMS.

Untuk maklumat lanjut, layarilah laman web www.ntv7.com.my/digithenextlevel atau ikutilah perkembangan semasa dalam Facebook dan Twitter.

DigiTNL - Seated L-R - Chloe, Ong, Jazz, Standing L-R - Daniel, Kheng, Suren, Radzi, Norman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Paramore Live in Malaysia

Universal Networks Enters Licensing Agreement NBC Universal International