in

Fimie Don & Seri Nabilla Hos Program Lantai Cilik Musim Ke-2

Berdasarkan sambutan memberangsangkan musim lalu, Lantai Cilik 2 (LC2) yang menjadi manifesto berterusan dalam mencari bakat luar biasa menerusi cabang tarian tradisional dan kontemporari diteruskan lagi untuk musim kedua tahun ini.

Kerjasama strategik dan berterusan di antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menerusi pertandingan tarian itu membuktikan kesungguhan agen kerajaan itu memartabatkan kreativiti bakat muda di negara kita.

fimie don

[pullquote align=”right”]Tahun lalu, Lantai Cilik yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri menyaksikan kejuaraan menjadi milik Kiawayan Dance Club (KDC) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kiawayan, Tambunan, Sabah. Bagaimana pula dengan tahun ini?[/pullquote]

Ironinya, LC2 bukan sekadar mencari sang juara sebaliknya dalam perjalanan ke arah itu, ia turut menonjolkan beberapa nilai positif dalam usaha mengembangkan kebolehan bakat muda terutamanya dalam tarian. Ia dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja pasukan serta daya saing yang boleh dicontohi generasi muda di negara kita.

LC2 bagi perlaksanaan 2014, sudahpun memulakan episod pertamanya dari sesi uji bakat di enam zon bermula Oktober tahun lalu dan menyenaraikan lebih 80 kumpulan. Selepas disaring dan melalui proses peringkat suku akhir serta seterusnya ke separuh akhir, 12 kumpulan paling menyerlah dikecilkan menjadi lapan.

Daripada lapan kumpulan itu, hanya lima finalis saja yang bakal berentap di peringkat akhir. Lima finalis itu terlebih dulu perlu melepasi 12 episod yang menguji kemahiran mereka dalam pertandingan di peringkat zon dan seterusnya di peringkat nasional.

Proses untuk mendapat lima kumpulan terbaik ini bagaimanapun memerlukan salah satu kumpulan yang melepasi peringkat nasional tadi, bersaing semula di episod kejutan atau ‘wildcard’ yang dinamakan sebagai episod Kunci Ke Puncak.

Di mana menerusi episod ini empat kumpulan yang tersingkir sebelum ini akan dinilai semula oleh juri profesional bagi menempatkan salah satu kumpulan paling berpontensi melengkapkan kouta lima finalis. LC2, sekali lagi dikendalikan oleh pengacara musim lalu iaitu Seri Nabilla yang kali digandingkan bersama, Fimie Don.

Di peringkat suku akhir nanti, lima finalis LC2 bakal dicabar dengan dua segmen di mana pada segmen pertama mereka dikehendaki mempersembahkan tarian kreasi baru mengikut tugasan yang diberi berdasarkan genre tarian seperti tarian etnik Sabah, Sarawak, Sewang, Tarian India, Tarian Cina, tarian Masri/Arab, Tarian Gamelan mahupun Zapin Malaysia dengan durasi selama dua minit.

Manakala pada Separuh Akhir setiap kumpulan akan membuat persembahan bertemakan samudera, cerita dongeng atau hikayat, istana, fantasi, stomping (uniform), pahlawan mahupun futuristik berdasarkan cabutan. Juri bagi Suku Akhir hingga ke Separuh Akhir ialah Arja Lee, Juhara Ayob dan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya JKKN, Zulkarnain Ramly, selaku Ketua Juri.

En. Zulkarnain Ramly, yang menjadi Juri Tetap untuk pertandingan peringkat nasional ini, menerusi kenyataannya mengakui cemburu akan kehebatan gerak langkah tari, postur badan bahkan pola lantai yang dihasilkan setiap kumpulan yang dinilainya sejak di peringkat nasional lagi. Malah, Zulkarnain juga menyifatkan, mereka bukan saja handal di lantai tari bahkan semangat berpasukan yang ditonjolkan setipa kumpulan tari, menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi.

Pendapat yang sama turut diperakui oleh Ketua Pengarah JKKN, YBhg. Dato’ Norliza Rofli.

“Hasil program ini merupakan satu produk kreatif yang lahir bukan saja dengan kerjasama RTM tetapi Kementerian Pelajaran yang menyokong penuh usaha JKKN untuk terus melatih Kumpulan Tunas Budaya.

“Selaku katalis dalam menyediakan generasi akan datang yang celik seni dan budaya, JKKN juga terus komited untuk membimbing
dan menggalakkan para generasi muda Malaysia untuk mencintai seni dan budaya.

“Penggalakkan program-program berteraskan Pembangunan Modal Insan /Kelab Asuhan Seni seperti Kelab Asuhan Seni, Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB), Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR), Kelab Siswa Budaya (KSB), Sekolah Seni dan Jurulatih Seni Budaya Negara yang terus dipertingkatkan..

“Sementara itu Program PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari yang merupakan program di bawah naungan YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melalui PERMATA Seni serta diselaraskan urusannya oleh JKKN bagi membimbing kanak-kanak yang berbakat cemerlang dalam bidang seni tari dan koir di bawah lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.

“Sehingga 2013, seramai 27,410 orang telah dilatih di seluruh Negara dalam pelbagai cabang seni melalui Kelab Asuhan Seni, Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat (KGB), Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR), Kelab Siswa Budaya (KSB), Sekolah Seni, Jurulatih Seni Budaya Negara dan Program PERMATA Seni Koir dan Tari.”

Sesungguhnya usaha yang dilaksanakan JKKN cukup membanggakan, ini kerana sejak dilaksanakan pada tahun 2002, jumlah anak- anak serta komuniti seni budaya yang dilatih menerusi program ini telah mencapai lebih daripada 164,512 orang.

Kumpulan Kiawaian Dance Grup dari SK Tambunan Sabah yang merupakan Juara Lantai Cilik Musim Pertama misalnya, mengharumkan nama negara melalui penyertaan mereka sebagai Delegasi Malaysia untuk persembahan kesenian di Minggu Malaysia di London anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang tidak hanya memperomosikan kesenian negara tetapi juga sebagai inisiatif kejuaraan mereka.

Berbalik kepada intipati LC2, Pertandingan Peringkat Nasional (suku akhir) telah pun bermula pada 25 Januari 2014 dan seterusnya Malam Kemuncak Lantai Cilik (LC) terbitan bersama RTM dan JKKN yang dijangka akan berlangsung dengan meriahnya pada Sabtu 8 Mac 2014 dan bersiaran secara langsung dari Amphitheatre, Sunway Lagoon.

Program realiti kebanggaan JKKN dan RTM yang telah mencatat rating 1,000,00 penonton pada Malam Kemuncak Lantai Cilik musim pertama, akan dipancarkan secara langsung di saluran TV2 dan TVi Astro 180 jam 9.00 malam.

Mengharapkan sambutan yang lebih hebat diberikan terhadap LC2, JKKN dan RTM selaku penerbit bersama sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanahair dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil karya bermutu untuk dikongsi dan dihayati penonton.

Peminat setia program ini boleh mengikuti perkembangan LC2 menerusi laman sosial facebook ‘fanpage’ Lantai Cilik setap hari.

Sri Tunas Petra dari SK En Buyong antara pencabar dr Zon Sarawak LC2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peluang Bayi Tahun Kuda Terima Hadiah Daripada Dettol

Sinopsis Drama Bersiri MIRANDA Lakonan Fasha Sandha