Dalam menyemarakkan sambutan tanggal kemerdekaan 31 Ogos yang disambut tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan hebat dua filem Blockbuster, Chicken Little, pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 3.00 petang dan 1957 Hati Malaya pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 10.00 malam di TV2 yang pastinya ditunggu-tunggu seisi keluarga.
Riuh rendah aksi seorang ayam yang comel apabila muncul makhluk asing di bumi mewarnai plot filem Chicken Little sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutama kepada kanak-kanak kerana ia membawakan mesej yang positif kepada mereka. Kisahnya bermula apabila watak seekor ayam dikenali Chicken Little cuba membuktikan bahawa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang kecil namun itu tidak akan menjadi alasan untuk berjaya. Ini semua terjadi apabila Chicken Little telah mendapat petanda bahawa langit akan jatuh dan telah menjadi satu bandar kacau bilau tetapi pada hakikatnya tiada apapun yang berlaku.
Selepas kejadian itu yang memalukan keluarganya lebih-lebih lagi ayahnya, Chicken Little berusaha untuk memulihkan semula keadaan dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan ayahnya. Akhirnya Chicken Little berjaya melakukannya dgn menjadi penyebab kemenangan sekolah dalam pertandingan. Namun semua itu tak berakhir dengan begitu sahaja.
Pada suatu harichicken little mendapat petanda bahawa langit akan jatuh. Chicken little cuba untuk tidak mengendahkan perkara itu kerana tidak ingin perkara lama berlaku semula. Namun kali ni lebih hebat apabila salah seorang kawan Chicken Little telah dilarikan cebisan lagit yang jatuh itu.
Namun, rupa-rupanya cebisan tersebut hanyalah cebisan dari kapal angkasa makhluk asing. Dengan tidak sengaja, satu makhluk asing telah terjatuh ke atas bumi dan akibat kejadian itu, keluarga makhluk asing itu mengamuk dan menyerang bumi.
Di sebelah malamnya pula, penonton berpeluang menyaksikan filem 1957 Hati Malaya mengisi slot Sinema Ahad @ 2 pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 10.00 malam di TV2.
1957 Hati Malaya membawa kepada penonton watak-watak masa kini yang menemui pengertian sebenar “pengorbanan” dan “Merdeka”. Filem arahan Shuhaimi Baba yang dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Rusdi Ramli, Maya Karin, Adlin Aman Ramli dan Sharifah Amani ini mengisahkan anak muda yang datang dari latar belakang dan pemikiran yang berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku bergambar 1957 – Hati Malaya.
Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan, persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957. Mereka bersungguh-sungguh mendalami dan menjiwai watak-watak dan peristiwa dengan penuh emosi dan membawa mereka pada waktu semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut kemerdekaan untuk rakyat biasa yang miskin dan mundur di era penjajahan British yang mahu menjadi bangsa kelas pertama di bumi mereka sendiri. Mereka jatuh cinta dan bertemu cinta terhadap negara melangkaui perasaan emosi peribadi mereka.
Filem ini bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman (lakonana Mohd Kamarulzaman Taib) iaitu pengasas Parti Perikatan yang juga merupakan Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957. Walaupun mendapat tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan, beliau dan Datuk Onn Ja’afar (lakonan Zaefrul Nadzarine Nordin), pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.
Kepada anda yang ingin menyaksikan dua filem hebat ini, usah ketinggalan menonton Chicken Little, pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 3.00 petang dan 1957 Hati Malaya pada 30 Ogos 2009 (Ahad), jam 10.00 malam di TV2 yang menarik untuk tontonan seisi keluarga.