18 MAC, 2022, [Filipina, Thailand, Malaysia]: Caltex, sebuah anak syarikat Chevron Corp. bersama VMLY&R, sebuah agensi jenama dan pengalaman pelanggan dunia serta Def Jam South East Asia, label hip hop milik Universal Music Group, telah mengumumkan pelancaran #Caltexunstoppablestar, sebuah kempen yang bekerjasama dengan para pemuzik serta peminat seluruh Malaysia, Thailand, dan juga Filipina.
Cabaran tersebut seperti yang dirancang dan dilaksanakan oleh VMLY&R, menampilkan sebuah lagu rap unik berdurasi 60 saat yang ditulis dan diterbitkan bersama Caltex dihasilkan oleh SonaOne dan dipersembahkan oleh artis dari tiga negara iaitu Filipina, Thailand, serta Malaysia. Nyanyian rap dibahagikan kepada empat bahagian yang berdurasi 15 saat, dan setiap bahagian mempunyai tahap kepantasan dan kesukaran yang semakin meningkat. Dengan pilihan penggunaan filter atau suntingan grafik AR TikTok, para pengguna boleh mencipta video rap mereka sendiri untuk menggambarkan bagaimana mereka tidak akan dihalang daripada menikmati perjalanan dan pengembaraan masing-masing.
“VMLY&R dan Def Jam South East Asia telah membantu Chevron merumuskan maksud #unstoppable Caltex melalui kempen yang unik dan menghiburkan. Dengan penggunaan minyak Caltex yang tiada tandingan, pengguna boleh teruskan perjalanan mereka dan hentian untuk mengisi minyak bukannya halangan. Ini termasuk cita-cita untuk mencapai impian mereka ataupun menjalankan kerja harian!” jelas Dean Gilbert, Pengurus Besar Pemasaran dan Sokongan Jualan, Chevron Corporation.
Valerie Madon, Ketua Pegawai Kreatif, VMLY&R Asia berkata, “Menyanyi dalam kereta adalah satu hiburan umum yang disukai ramai, dan Caltex sangat memberi fokus kepada para pemandu mereka untuk menikmati perjalanan masing-masing. Berkongsi tenaga dan muzik baharu melalui projek ini meliputi semangat insan yang kami perjuangkan dan terus perkasakan sebagai jenama VMLY&R.”
Lagu yang dicipta dan diterbitkan untuk Caltex oleh Def Jam South East Asia, menampilkan sebuah irama rap yang mengasyikkan walaupun sedikit membelit lidah kala dilagukan. Para peserta digalakkan untuk menggunakan suntingan grafik AR atau filter AR khas TikTok untuk memperhebatkan lagi nyanyian rap mereka dan memberikan yang terbaik demi memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan.
“Hip-Hop sangat berpengaruh di rantau ini,” kata Calvin Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group South East Asia. “Dengan lagu yang menampilkan nama-nama terbesar dunia hip hop Asia Tenggara seperti Joe Flizzow dari Malaysia, Daboyway dari Thailand, dan Matthaios dari Filipina, kami sangat teruja untuk melihat reaksi peminat dan bagaimana para pengguna akan membawa lagu ini ke tahap seterusnya lewat kerjasama ini.”
Baru 10 hari dilancarkan, kempen ini telah meraih lebih 650 juta tontonan pada laman tanda pagar atau hashtag tersebut dan banyak penyertaan yang hebat-hebat belaka. Kempen ini berlangsung di Malaysia, Filipina dan Thailand dari 18 Februari 2022 hingga 21 April 2022.
Anda boleh temui pautan pada melodi rap tersebut dan ciptakan video anda tersendiri untuk turut serta di TikTok di dini.