Tetamu penerbangan D7 232 dari Kuala Lumpur ke Perth diraikan dengan livery pesawat bertemakan X-Men: Apocalypse, hiasan dalam kabin dan penampilan watak-watak daripada francais adiwira
Para tetamu penerbangan D7 232 yang berlepas dari Kuala Lumpur hari ini diraikan dengan penerbangan bertemakan X-Men:Apocalypse dengan penampilan watak-watak dari filem blockbuster terbaru Hollywood ini.
Penerbangan dengan Airbus A330 ini turut menampilkan livery X-Men: Apocalypse, selain daripada bahagian dalaman kabin yang dihias dengan tema yang sama.
AirAsia X dengan kerjasama Twentieth Century FOX menampilkan X-Men: Apocalypse dalam penerbangan khas
[dropcap]B[/dropcap]enyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad serta Arik De, Ketua Komersil AirAsia X Berhad juga masing-masing membuat penampilan khas sebagai watak Wolverine dan Cyclops dan berinteraksi dengan semua tetamu di dalam penerbangan di samping itu turut mengadakan permainan dan memberi tetamu hadiah barangan X-Men:Apocalypse.
Penerbangan bertemakan X-Men: Apocalypse ini merupakan sebahagian daripada kerjasama AirAsia X bersama Twentieth Century Fox dalam mempromosikan filem blockbuster yang sangat dinantikan. Disamping itu juga satu kempen jualan khas ke destinasi-destinasi AirAsia X yang terpilih telah diadakan dalam bulan lepas.
Benyamin berkata,
“Kami berbesar hati bekerjasama dengan Twentieth Century Fox untuk mempromosikan X-Men: Apocalypse kepada tetamu kami. Populariti francais adiwira ini sememangnya melangkaui sempadan, dan ini juga yang ingin dicapai oleh AirAsia X melalui rangkaian laluan kami yang luas di rantau ini bersama syarikat sekutu penerbangan jarak dekat kami di Kumpulan AirAsia.”
“Pesawat dengan livery The X-Men: Apocalypse pasti akan menjadi tumpuan di kalangan peminat di seluruh dunia, dan kami berharap kesemua tetamu yang berada di dalam penerbangan D7 232 dari Kuala Lumpur ke Perth hari ini terhibur terutama sekali dengan pelbagai aktiviti dalam penerbangan yang telah diadakan. Kami juga gembira untuk berkongsi bahawa kempen jualan khas sempena X-Men: Apocalypse telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dan AirAsia X akan terus memperkukuhkan jenama kami dengan usaha-usaha yang lebih kreatif seperti ini, “tambah Benyamin lagi.
Diarahkan oleh Bryan Singer, ‘X-Men: Apocalypse’ adalah mengenai kisah bagaimana Profesor X dan liga mutants – X-Men mengalahkan Apocalypse, mutant pertama dan paling kuat Marvel di alam semesta X-Men: Apocalypse yang kecewa dengan keadaan dunia dan bertujuan untuk membersih umat manusia dan mencipta dunia baru. Filem ini ditayangkan di pawagam di seluruh negara sekarang.
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia)dan Facebook (facebook.com/AirAsia).